Siakap Keli

(Video) Rupanya Ada Babak Hanya Rakam Dalam Studio Je, Di Sebalik Tabir Filem ‘Lejen’ Senario Lagi

Kita semua tahu bahawa populariti kumpulan Komedi terkena Tanah Air, Senario masih belum pudar dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Masih banyak filem-filem mereka ditayangkan di kaca televisyen.

SK yakin antara filem kegemaran korang mesti Senario Lagi kan? Kisahnya bermula apabila seorang ayah yang ingin membawa keluarganya bercuti menaiki kereta yang baru dibelinya tetapi malangnya berlaku macam-macam masalah.

Filem lagenda ini sangat lucu dan memberi impak kepada para penontonnya. Pastinya ramai yang ingin tahu disebalik tabir pembikinan filem Senario Lagi ini kan? Jadi, SK nak kongsi sedutan pendek di belakang tabir filem ini.

Teliti diruangan komen, ternyata orang ramai masih menonton filem lagenda ini dan ramai yang merindui filem komedi yang berkualiti seperti ini lagi.

 

Sumber: Thatsenario

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang