Siakap Keli

Ngeri, Tular Rakaman Pekerja Terkena Renjatan Elektrik Ketika Nak Dirikan Tiang

Malang tidak berbau, insiden renjatan elektrik seringkali dilaporkan berlaku di seluruh dunia. Menurut portal MyHealth, arus elektrik yang melalui tubuh badan manusia berpotensi menyebabkan individu itu mengalami kecederaan pada bahagian yang tersentuh (thermal burns), berlakunya kecederaan dalaman pada otot atau organ dan gangguan degupan jantung yang boleh mengakibatkan renjatan (cardiogenic shock).

Kebanyakan kes renjatan elektrik sememangnya tidak disengajakan. Pekerja atau juruteknik yang mengendalikan punca elektrik biasanya akan mudah terdedah kepada insiden seperti ini.

Seperti video yang tular di media sosial baru-baru ini yang memaparkan beberapa orang pekerja telah terkena renjatan elektrik.

Difahamkan, kejadian tersebut telah berlaku di wilayah Chau Thanh, Vietnam.

Menerusi video tersebut, beberapa orang pekerja dilihat sedang mendirikan satu tiang elektrik dengan bantuan lori kren. Semasa tiang elektrik itu dinaikkan, dua pekerja telah memegang tiang tersebut.

Tidak lama selepas itu, tiang tersebut meletup dan mengeluarkan api sehingga menyebabkan dua pekerja bersama seorang pemandu lori terjatuh dan tidak sedarkan diri.

Bagaimanapun, maklumat lanjut mengenai keadaan mereka tidak dinyatakan.

Sumber: Cavin Tran

@thesiakapkeli

Orang selangor mana? Mana yg betul2 sedap ni🤔 #GreatestMakanHits #foodreview #selangor @tourismselangor

♬ original sound - Siakap Keli
" "