Siakap Keli
Gambar: via Google

Buah Pinggang Mungkin Rosak? Ini Salah Satu Komplikasi Gout Yang Ramai Tidak Tahu

Bagi penghidap sakit gout, sudah pasti anda mengetahui betapa ‘peritnya’ sakit tersebut sehingga menyebabkan aktiviti harian mungkin terganggu kerana kesukaran untuk berjalan.

Sakit gout ini dikatakan berlaku akibat lebihan asid urik dalam darah. Apabila lebihan asid urid ini berlaku maka akan membentuk urat kristal yang terkumpul dalam sendi. Bila dah terkumpul akan timbulnya sakit pada sendi-sendi terutamanya pergelangan kaki.

Oleh itu, janganlah anda ambil mudah berkenaan masalah ini. Sekiranya tidak dirawati mungkin boleh memudaratkan kesihatan anda.

Menerusi perkongsian di akaun Facebook Public Health Malaysia, ada berkongsikan mengenai komplikasi yang bakal berlaku sekiranya gout ini dibiarkan.

Jangan ambil mudah dengan gout, jika ia menyerang ada yang terpaksa jalan seret dan ada yang terpaksa mengambil cuti rehat.

Jika ia selalu berlaku, ini komplikasi yang menunggu
  • Sendi akan rosak dan akibat terlalu kerap radang berlaku. Akan menyebabkan sendi sakit, bengkok dan bengkak.
  • Menyebabkan batu karang, gout adalah pengumpulan uric asid dalam bentuk kristal. Bayangkan jika ia terkumpul di buah pinggang?
  • Buah pinggang rosak, batu karang dari kristal uric asid akan merosakkan buah pinggang untuk masa panjang
  • Masalah psikologi, akibat selalu sakit dan MC memang akan menyebabkan pesakit stress , dipandang rendah dan di perli rakan rakan sekerja

Terdapat 7 langkah mudah yang anda boleh lakukan sekiranya anda diserang sakit gout.

  1. Ambil ubat tahan sakit yang disarankan oleh doktor.
  2. Minum air yang banyak untuk menyingkirkan asid urik.
  3. Tuam dengan air batu selama lebih 20 hingga 30 minit.
  4. Gunakan tongkat sekiranya anda ingin berjalan untuk kurangkan tekanan pada sendi.
  5. Tinggkikan kedudukan kaki dengan meletakkan kaki anda sama ada di atas kerusi atau katil.
  6. Jangan terlalu stres.
  7. Tidak perlu urut atau menggunakan minyak panas untuk sapu pada bahagian gout.

Sumber: Public Health Malaysia

Nadhirah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.