Siakap Keli

Cara Mudah Nak Dapat Diskaun 10% Bayar Pinjaman PTPTN Setiap Bulan Korang Boleh Cuba

Tamat sahaja tempoh melanjutkan pelajaran di universiti, antara bebanan terawal harus difikirkan adalah hutang pinjaman pendidikan. Ya, pinjaman tersebut harus diselesaikan sama ada secara keseluruhan atau secara ansuran bulanan.

Pada tahun ini, para graduan boleh menarik nafas lega apabila kerajaan bersetuju memberi insentif diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN. Jadi, SK nak kongsikan cara untuk mendapatkan diskaun 10% setiap bayaran bulanan dibuat.

Cara ini dikongsikan oleh SSPN-i Plus PTPTN untuk membantu para peminjam menyelesaikan hutang pendidikan. Jom ikut langkah-langkah di bawah.

Nak diskaun 10% setiap bulan bayar PTPTN ? Ikut step mohon debit terus ini;

  • Login semak penyata pinjaman

https://www.ptptn.gov.my

  • Cari semak penyata baki

Disarankan guna web browser mozilla firefox lebih lancar di desktop atau laptop.

  • Cari mohon debit terus

  • Isi maklumat serta amaun dan link kan dengan online bank

**Disarankan juga selepas selesai, screenshot proses selesai untuk semakan dan rujukan.

  • Selesai dan enjoy diskaun sehingga bulan 4/2022

Jika korang terlupa kata laluan PTPTN, boleh terus hubungi admin pegawai PTPTN untuk resetkan semula. Klik disini untuk sebarang pertanyaan tentang status pinjaman.

https://sspniplus.com.my

Untuk sebarang semakan tentang potongan diskaun bayar habis dengan pegawai PTPTN online, klik disini.

 

Sumber: FB SSPN-i Plus PTPTN

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang