Siakap Keli
Gambar Via Twitter

(Video) Suhu Menjunam Kepada 7 Celcius, Salji Dilapor Turun Di Utara Arab Saudi

Bahagian utara Arab Saudi dilaporkan telah dilitupi lapisan hujan batu dan salji halus sejak Ahad lalu.

Memetik laporan Arab News, suhu di negara itu menjunam kepada kira-kira 7 Celcius. Salah satu bandar yang dilanda cuaca itu adalah Qurayyat yang terletak di wilayah Al Jawf, iaitu kira-kira 30 kilometer dari sempadan Jordan.

Pusat Meteorologi Kebangsaan Saudi mengatakan bahawa ribut petir, angin kencang dan hujan batu akan turun merentasi Al-Jawf, sempadan utara dan Tabuk serta kawasan pantai di wilayah Madinah.

Dalam pada itu, The National News melaporkan pada 9 November lalu bahawa kawasan Al Shafa di bahagian barat turut dilanda salji dan hujan batu yang lebat sehingga menutupi pergunungan Dhaka dan jalan raya di situ.

Walaupun dikenali sebagai negara berpadang pasir yang sentiasa berada dalam keadaan cuaca panas, beberapa kawasan di Arab Saudi sememangnya tidak terkecuali dari dilanda cuaca sejuk dan salji setiap tahun.

Sementara itu, pengguna media sosial juga tidak melepaskan peluang untuk berkongsi suasana salji yang melanda di negara tersebut.

Meninjau ke laman Twitter, beberapa orang penduduk Arab Saudi telah berkongsikan video dan gambar yang menyaksikan keadaan di sana.

 

Sumber: Arab News, The National News

" "