Siakap Keli
Gambar: Kosmo

Lelaki Ditahan, Tertidur Dalam Kereta Dipercayai Ketika Tunggu Rakan Sedang Mencuri

Satu video yang memaparkan penangkapan seorang lelaki oleh orang awam yang dilaporkan sebagai perompak telah menjadi tular di media sosial.

Menurut portal Kosmo, suspek telah tertidur di dalam keretanya semasa menunggu dua lagi rakannya merompak sebuah rumah di Jalan Mangga 2, Taman MGBM Bachang, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, hasil daripada bantuan orang awam, suspek yang berusia 30 tahun itu telah berjaya ditahan di belakang sebuah rumah yang sedang dirompak.

Jelasnya, pengadu telah melaporkan bahawa kejadian pecah masuk itu berlaku pada kira-kira jam 5 petang selepas ianya dimaklumkan oleh jirannya.

“Pengadu bersama kakak dan abang iparnya bergegas ke rumah tersebut dan setiba di lokasi mereka menjumpai seorang lelaki sedang tidur di dalam kereta jenis Hyundai Sonata di belakang rumah berkenaan.

“Pengadu bertindak mematikan enjin dan mengambil kunci kereta tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini, memetik laporan Kosmo.

Tambahnya lagi, suspek dipercayai berada dalam keadaan khayal kerana di bawah pengaruh dadah semasa ditangkap.

Pengadu turut memaklumkan kepadanya bahawa pintu dapur rumah berkenaan dalam keadaan terbuka ketika kejadian sebelum ternampak dua lelaki yang sedang berusaha melarikan sebuah televisyen.

Ekoran daripada itu, kedua-dua suspek terus melarikan diri selepas ternampaknya.

Antara barangan yang dilaporkan hilang adalah sebuah kamera lama dan beg coklat. Anggaran kerugian daripada kejadian itu adalah berjumlah RM300.

Sumber: Kosmo

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.