Siakap Keli
Gambar: MrBeast

(Video) Youtuber Cipta Permainan ‘Squid Game’ Versi Sebenar Libat 456 Pemain, Tawar Hadiah Lumayan RM1.9 Juta

Youtuber terkenal, MrBeast dilapor akan menghasilkan permainan Squid Game dalam versi sebenar dengan melibatkan penyertaan seramai 456 pemain, lapor Independent baru-baru ini.

Hadiah yang ditawarkan kepada pemenang utama seakan sama seperti yang dipaparkan dalam filem Squid Game, iaitu sejumlah wang tunai dengan jumlah cukup lumayan bernilai kira-kira RM1.9 juta.

“Saya mencipta semula setiap babak dalam Squid Game kepada versi ‘real life’,” katanya dalam video yang dikongsikan di laman Twitter baru-baru ini.

Meskipun filem Squid Game memaparkan banyak aksi ganas seperti pemain yang ditembak mati kerana kalah, namun permainan versi MrBeast tersebut sebaliknya tidaklah ‘kejam’ sebegitu rupa.

Gambar: MrBeast
Gambar: MrBeast

Katanya, tiada seorang pemain pun yang akan dicederakan, malah mana-mana pemain yang tewas pula akan diberikan sejumlah wang saguhati atas usaha mereka menyertai permainan tersebut.

Bagi permainan ‘Lampu Hijau Lampu Merah’ misalnya, setiap pemain akan dipasangkan sejenis alat peranti dan apabila mereka tewas, alat tersebut akan berbunyi.

Difahamkan, kos untuk menghasilkan video permainan tersebut berjumlah lebih RM14.6 juta dan ia ditaja sepenuhnya oleh syarikat permainan mobile Brawl Stars.

Manakala jumlah kos keseluruhan pula terbahagi kepada dua, iaitu kira-kira RM7.9 juta untuk produksi dan set bangunan (props), serta RM6.3 juta untuk hadiah wang tunai termasuk RM1.9 juta bagi pemenang utama.

Berdasarkan video yang dikongsikan, antara permainan lain yang dimainkan dalam Squid Game versi ‘real life’ tersebut adalah seperti bermain guli, tarik tali dan cabaran jambatan kaca.

Sumber: Independent / MrBeast

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.