Siakap Keli
Gambar: Bernama

18 Keluarga Masih Terjejas Banjir Di Hilir Perak

IPOH, 27 Nov (Bernama) — Seramai 57 orang daripada 18 keluarga mangsa banjir di Hilir Perak masih berada di satu pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 8 pagi ini berbanding 61 orang daripada 19 keluarga, malam tadi.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam (APM) Perak berkata kesemua mereka yang ditempatkan di PPS Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI), Langkap itu belum dibenarkan pulang kerana kawasan rumah masing-masing masih digenangi banjir termenung.

Kesemua 18 keluarga itu merupakan penduduk dari lima kampung iaitu Kampung Sungai Rambai, Kunci Air 12 Headwork, Kampung Tanjong Keramat, Sungai Kucing dan Sungai Seluang.

Jurucakap itu memaklumkan PPS Dewan Serbaguna Chikus di Langkap pula masih ditutup sementara dan dalam keadaan berjaga-jaga sekiranya banjir kilat kembali berlaku.

Banjir berlaku pada Rabu lepas akibat limpahan air Sungai Batang Padang menyebabkan kawasan penempatan penduduk dinaiki air setinggi 0.3 meter.

Sumber: BERNAMA

Aqmal Ezany

I write what is right