Siakap Keli
Gambar via TikTok

(Video) Ahli Fisioterapi Ini Kongsi Cara Mudah Bakar Lemak, Buat 10 Minit Je Sehari

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Memiliki berat badan yang ideal sudah pasti menjadi idaman setiap orang. Maka ramailah yang mencuba seribu satu cara untuk membakar kalori berlebihan supaya badan kekal langsing.

Cara yang digunakan untuk bakar lemak ini boleh jadi berbeza bagi setiap individu. Ada yang memilih minum minuman detoks, menjaga pemakanan dan melakukan senaman.

Selain pemakanan dan diet yang baik, senaman adalah salah satu langkah berkesan untuk mengurangkan lemak dalam badan. Melakukan senaman secara rutin juga mampu mengekalkan kecergasan tubuh.

Pun begitu, faktor masa seringkali menjadi kekangan untuk bersenam, terutamanya bagi yang sibuk bekerja. Tapi korang tahu tak, sebenarnya ada senaman ringkas yang hanya memakan masa singkat tapi berkesan untuk membakar lemak.

Oleh itu, ahli fisioterapi ini melalui laman TikTok miliknya berkongsi satu gerakan yoga yang dikatakan berkesan untuk membakar lemak. Hanya perlu buat selama lima hingga 10 minit sahaja setiap hari. Buat sambil duduk pun boleh. Nak tahu lebih lanjut, tonton video penuh di bawah.

@abuniapt

Burn your Fat 10 minutes everyday 🔥 #explorer #kelasTambahan #TikTokguru #learnontiktok #jombelajar #tiktokmalaysia #tiktoksabahan

♬ son original – JuniorJmss

Sumber: TikTok @abuniapt

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.