Satu video memaparkan seorang lelaki kaya yang didakwa berkahwin dengan lapan orang wanita secara serentak telah menjadi tular di media sosial, lapor media tempatan, Suara.com.
Video tersebut telah dimuat naik oleh sebuah akaun Instagram bernama @kegoblogan.kekinian pada Khamis lalu.
“Lelaki kaya ini berkahwin dengan lapan isterinya secara serentak,” tulis keterangan yang terdapat dalam video tersebut.
Video pendek itu memaparkan suasana sesi bergambar bersama pengantin.
Dalam sesi penggambaran yang berlatarbelakangkan pokok-pokok itu, pengantin lelaki dapat dilihat diapit dengan lapan pengantin perempuan yang berbaris di sebelah kiri dan kanannya.
Kesemua mereka tampak begitu serasi dengan busana pengantin yang dipakai. Raut wajah mereka juga terlihat gembira dengan pancaran senyuman semasa mengikuti sesi penggambaran berkenaan.
Sehingga kini, belum dapat diketahui lagi tentang di mana lokasi lelaki kaya yang berkahwin dengan lapan wanita itu diadakan.
Walaupun begitu, video tersebut telah menjadi tular di media sosial. Ianya telah menerima lebih 2 ribu kali tanda suka.
View this post on Instagram
Warganet yang menonon video berkenaan tidak melepaskan peluang meninggalkan komen tentang majlis tersebut.
“Kesian yang masih bujang, jodohnya telah diambil orang,” tulis seorang warganet.
“Mantap, isterinya ada 8, jadi mertuanya ada 16,” tulis seorang lagi warganet.
Sementara itu, ada segelintir warganet yang tidak percaya dengan perkahwinan tersebut. Mereka mengesyaki bahawa video itu hanya untuk tujuan penggambaran sahaja.
“Ianya kelihatan seperti sesi bergambar untuk pakaian perkahwinan,” kata seorang warganet.
“Itu model pakaian pengantin,” tulis seorang lagi.
Sumber: Suara.com