Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Semenjak lajunya pernah tercalon dalam Anugerah Juara Lagu ke-34 pada tahun 2020 lepas, nama Aina Abdul sudah menjadi sangat terkenal. Meskipun tidak memenangi sebarang anugerah pada AJL34, namun Aina seakan membuat comeback apabila berjaya mendapat tempat kedua AJL35 pada tahun ini.
Baru-baru ini, Aina telah bergelar graduan Ijazah Sarjana Muda Muzik Kontemporari di Universiti UCSI. Aina telah menzahirkan rasa syukur apabila akhirnya dia berjaya memperolehi segulung ijazah yang dapat digenggam di tangan miliknya. Semasa Aina atau nama sebenarnya, Nurul Aina Abdul Ghani menghadiri sesi graduasi yang berlangsung semalam, dia memberitahu bahawa bukan mudah untuk dirinya mengimbangi dua tugas dalam satu masa yang sama. Dua tugas yang dimaksudkan Aina adalah menjadi penyanyi dan pelajar dalam satu masa yang sama.
Menurut Aina juga, dia sentiasa meletakkan kepercayaan yang tinggi bahawa seseorang artis itu haruslah mempunyai ilmu.
Selain itu, Aina turut berterima kasih kepada semua pihak yang sentiasa ada dengannya dengan memberikan dorongan positif sehingga akhirnya dia berjaya sehingga ke tahap ini.
Kejayaan Aina sememangnya perlu dijadikan contoh oleh orang lain untuk sentiasa berusaha meskipun mempunyai banyak halangan dan komitmen. Meskipun bergelar seorang penyanyi, ianya tidak menghalang Aina untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang penuntut ilmu. Semoga Aina terus berjaya menjadi seorang penyanyi yang berbakat dan berkaliber dengan ilmu dan bakat yang dimiliki.
Sumber: Utusan Malaysia