Sesiapa yang sering memakai sneakers terutamanya yang mempunyai tapak berwarna cerah atau putih pastinya ‘sakit mata’ setiap kali ternlihat ada kekotoran pada bahagian tersebut.
Bukan itu sahaja, ia juga menjejaskan penampilan korang semasa mengayakannya. Kalau hendak mencuci pastinya akan mengambil masa yang lama untuk ia kering. Jadi, bagaimana cara mencuci kasut di bahagian tepi tanpa perlu menggunakan air?
Seperti yang dikongsikan oleh salah seorang pengguna Facebook, Tiara Safiya tentang satu alat ‘magik’ untuk cantikkan kasut korang tanpa menggunakan air dan menjimatkan masa.
“Kasut dah mahal kan, tapi tak cuci. Nanti cepat buruk…”
Kalau korang jenis jogging hari-hari atau suka pakai sneakers tapi tak suka selalu cuci boleh cuba sneakers shampoo ni. Habis jogging tu terus boleh guna shampoo ni cuci kasut. Kasut dah mahal kan, tapi tak cuci. Nanti cepat buruk.
Shampoo ni dia tak basah macam basuh guna air tau tapi habis cuci kotor dekat kasut tuu.
Ni yang adik Tiara sendiri guna. Boleh tengok hasil dia. Tu 1st time jugak cuci guna shampoo sneakers ni. Korang boleh tengok tapak dan tepi kasut tu. Sengaja Tiara tak gosok bawah tapak supaya nampak beza kat situ. Memang cuci habiss. Putihhh
Kalau korang berminat untuk mendapatkan shampoo best ni boleh klik di sini.
Sumber: Tiara Safiya