Siakap Keli

“Tak Sampai 5 Minit Pun,” Wanita Ini Kongsi Cara Nak Buka Akaun Tabung Haji Untuk Anak

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Ramai ibu bapa yang mengambil kesempatan membuka akaun Tabung Haji untuk simpanan anak. Tambah-tamah lagi bila tiba hari perayaan, duit-duit raya anak semua akan dimasukkan ke dalam akaun tabung haji anak kerana takut ‘terguna’.

Lagi bagus, anak-anak kita dah boleh daftar haji siap-siap. Tahu-tahu sajalah untuk pergi haji ini perlu ‘queue’ memanglah lama. Sebab itulah seeloknya kita buka akaun Tabung Haji untuk anak awal-awal.

Bagi yang ingin tahu cara buka akaun tabung haji, boleh rujuk perkongsian oleh Puan Areefah Ahmad ini. Mudahnya kali ini tidak perlu ke kaunter untuk membuka akaun tabung haji ini.

“Baru lepas bukak akaun baby secara atas talian, kemudian sekejap ke pegi activate di cawangan…”

Call customer service dia pun tak perlu tunggu berjam-jam untuk jawab. Dia guide macam mana nak bukak akaun anak under pemegang akaun Official : Lembaga Tabung Haji.

Ni nak share, mudah je.

1. Log masuk apps Thijari atau link https://www.thijari.com.my

2. Pilih ‘pembukaan akaun kanak-kanak’ macam dalam printskrin 1. Isi details lengkap dan submit.

3. Once dah siap hantar, akan terima emel pengesahan.

4. Pergi ke cawangan yang dipilih, bawa;

  • Surat beranak anak & salinan
  • MyKid anak & salinan
  • IC pendaftar (ibu/bapa) & salinan
  • Deposit akaun pembukaan (Minima RM10, dan kalau RM1,310.00 boleh terus daftar haji)

** bagi baby yang lahir 2021 dan tak ada MyKid lagi, just bawak surat beranak je.

5. Daftar di kaunter, siap.

Tak sampai 5 minit pun untuk dia sahkan dokumen. Semalam buat di IFIC – Islamic Financial Services Center, Putrajaya tak ramai orang pun. Laju je. Boleh walk-in.

Boleh check status dan akaun anak dalam apps thijari tu jugak macam dalam printakrin 2. Doakan ayah, bonda dan Afya ada rezeki untuk tunaikan haji InshaAllah.

Sekarang dah tak dapat buku akaun TH. Kalau tengok dekat resit no giliran tu, ada tulis senarai bank yang boleh linked dengan TH. Jadi, untuk cash in or cash out boleh guna bank-bank yang dalam senarai (Bank Islam Malaysia Berhad, Bank Rakyat, Maybank, CIMB Malaysia)

Untuk linked kan ke Maybank2u, bukak maybank2u.com.my > apply > services > Link Tabung Haji Account.

Nak tengok jumlah duit dalam akaun boleh tengok bahagian wealth.

  • Untuk transfer online, tekan pay & transfer > tabung haji.

* boleh buat dekat website sahaja, takleh guna apps

Sumber: Nur Areefah

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang