Siakap Keli
Gambar: Ceo Vellfire via MATJHN

“Ingat Anak Tak Makan, Sekali Hidang Habis..,” Ibu Ini Kongsi Resipi Rendang Arnab Pedas ‘Menangis’

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Rendang merupakan menu yang dah tak asing lagi bagi lidah rakyat Malaysia. Selalunya rendang yang biasa kita makan adalah dari daging ayam atau lembu.

Kedua juadah rendang ini menjadi kegemaran rata-rata masyarakat di Malaysia kerana cara penyediaannya yang lebih senang dan cepat. Tambahan pula, daging ayam atau lembu ni boleh diterima tekak kebanyakan orang.

Tapi berbeza pula dengan daging arnab. Jarang sekali kita dengar hidangan rendang menggunakan daging arnab. Hal ini mungkin kerana ramai yang fikir daging arnab ni ada cara khusus untuk dimasak.

Oleh itu, wanita pemilik akaun Facebook Ceo Vellfire ini berkongsi resepi rendang arnab untuk mereka-mereka di luar sana yang nak cuba juadah daging arnab ni. Resepi yang dikongsikan melalui grup Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official (MATJHN) ini mendapat 5.1 ribu sukaan dan 1.2 ribu komen di Facebook.

Ikuti perkongsian resipi rendang arnab pedas menangis di bawah ini.

Rendang arnab pedas menangis

Rezeki harini Cik Nab. Rendang arnab pedas menangis. Ingatkan anak-anak tak makan, sekali hidang habis. Siap pesan beli lagi arnab ni. Beli siap proses, RM35.

Gambar: Ceo Vellfire via MATJHN

Siapa tak makan dok diam-diam. Ni cek nak kongsi resepi.

  • Bawang besar 2 bijik
  • Bawang putih 3 ulas
  • Halia 2 inci
  • Serai 3 batang
  • Lengkuas (sebesar ibu jari)
  • Cabai Melaka (cili padi) 10 bijik (kalau nak pedas tambah)
  • Lada hitam 2 sudu besar
  • Cabai kering (ikut pedas)

Bahan-bahan diatas blend no.

  • 4 sekawan
  • Garam
  • Gula
  • Bahan perasa
  • 2 keping asam keping
  • Santan kotak separuh (kotak kecik)
  • Kerisik 2 sudu besar
  • Daun kunyit
  • Kunyit serbuk (kalau ada kunyit hidup lagi sedap)

Panaskan minyak, boh 4 sekawan, boh bahan-bahan blend tadi, biar pecah minyak, boh arnab tadi, boh gula. Biar mendidih, bagi lembut arnab tu, boh kerisik, serbuk kunyit, santan, asam keping, garam bahan-bahan perasa. Kalau nak kuah, tambah air. Masak sampai sebati, dah siap tabur daun kunyit.

Gambar: Ceo Vellfire via MATJHN

Selamat mencuba!

Sumber: Ceo Vellfire via MATJHN

Eyla Azri