Siakap Keli
Gambar: MetMalaysia

TERKINI: Gempa Bumi Kuat Bermagnitud 6.4 Dilapor ‘Gegar’ Di Tenggara Honshu, Jepun Tadi

Satu kejadian gempa bumi kuat bermagnitud 6.4 dilaporkan berlaku di Tenggara Honshu, Jepun sebentar tadi.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, kejadian itu berlaku pada 8:40 malam tadi dengan pusat gempa bumi berada di 31.2° U dan 142.4° T.

Tambah laporan itu, ia juga dilaporkan berkedalaman sejauh 25 kilometer bawah serta terletak 519 kilometer Tenggara dari Yokosuka,Jepun.

Bagaimanapun tiada ancaman tsunami kepada Malaysia yang dikeluarkan setakat ini.

Sumber: MetMalaysia

Nadhirah