Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa pengagihan bantuan Pakej Penjagaan COVID-19 (PPC) kepada 3.6 juta Keluarga Malaysia B40 di seluruh negara secara percuma sedang giat dilaksanakan.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan di akaun Facebook rasmi KKM, setiap keluarga B40 akan menerima beberapa peralatan kesihatan yang termaktub di dalam PPC.
“Setiap keluarga akan menerima 4 unit kit ujian kendiri COVID-19, 1 unit oximeter, 1 unit termometer, 4 unit pelitup muka guna semula dan risalah panduan penggunaan bagi peralatan kesihatan berkenaan,” tulis kenyataan tersebut.
KKM juga turut memaklumkan bahawa Pos Malaysia akan menguruskan penghantaran barangan tersebut secara berperingkat kepada penerima di seluruh negara.
Pakej Penjagaan COVID-19 (PPC) sedang diagihkan secara percuma kpd 3.6 juta Keluarga Malaysia B40. Setiap keluarga terima 4 kit ujian kendiri COVID-19, 1 oximeter, 1 termometer, 4 pelitup muka guna semula dan risalah kesihatan.#KeluargaMalaysia#MalaysiaSihatSejahtera pic.twitter.com/7rhjUCw6Tj
— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) December 1, 2021
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia