Siakap Keli

Manjakan Diri Anda Dengan Kelazatan Coklat Bersama KitKat Bar Baharu

 Sedang meluangkan masa lapang anda dengan aktiviti kegemaran bersama rakan-rakan? Jadikan detik-detik indah itu lebih istimewa dengan menikmati keluaran KITKAT terbaharu, iaitu KITKAT Bar!

KITKAT Bar menjanjikan pengalaman Berehat Bersama KITKAT yang terhebat kerana ia diperkaya dengan lebih coklat, untuk dinikmati dan dikongsi bersama mereka yang paling bermakna. KITKAT baharu ini boleh didapati dalam dua perisa – Coklat Susu KITKAT yang halus dan enak, dan Coklat Gelap KITKAT yang pekat dan memukau. Gabungan kepahitan dan kemanisan yang sempurna dalam setiap suapan pasti mampu memenuhi citarasa anda.

Dibawakan khas dari Australia, setiap bar yang mengandungi 11 jejari ini pasti membawa kepuasan waktu rehat anda ke tahap maksimum. Dalam setiap gigitan, anda dapat menikmati wafer rangup ikonik yang disalut dengan lapisan coklat yang halus. Ia dibaluti pembungkusan matte premium yang boleh dikedap semula untuk disimpan dan dinikmati kemudian. Kemunculan KITKAT Bar baharu ini diyakini dapat terus menceriakan istirahat anda kerana ia adalah snek coklat yang cukup sesuai sama ada untuk dikongsi bersama-sama rakan ataupun ketika bersendirian.

Frédéric Porchet, Pegawai Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan Konfeksi, Nestlé Malaysia dan Singapura, menjelaskan: “Kami sangat teruja untuk memperkenalkan KITKAT Bar baharu kepada para pengguna di Malaysia. KITKAT telah mengecapi kejayaan yang memberangsangkan dan ia memberi inspirasi kepada kami untuk mempromosikan produk KITKAT dengan lebih meluas. Kami ingin mengajak para penggemar coklat untuk mencuba dan menikmati pelbagai tawaran coklat yang lazat daripada KITKAT seperti KITKAT Bar baharu ini. Satu coklat untuk setiap detik! Dengan adanya tawaran baharu ini, rakyat Malaysia memiliki lebih banyak pilihan untuk dinikmati daripada jenama KITKAT seperti KITKAT 4-Jejari yang ikonik, 2-Jejari yang lebih “ringan” dan KITKAT Bar keluaran terkini, dengan lebih coklat untuk lebih kepuasan, seusai untuk dikongsi bersama-sama orang tersayang. Saya berharap agar para pengguna akan menikmati KITKAT Bar sebagaimana mereka menikmati produk-produk kami sebelum ini.

KITKAT Bar baharu kini boleh didapati di pasaran di seluruh negara pada harga RM8.90.

Berehat Sebentar Bersama KITKAT Bar terbaharu untuk memanjakan diri anda dengan kelazatan coklat yang istimewa.

#KITKATMalaysia

#IndulgeInKITKATBar

#HaveABreakHaveAKITKAT

Nur Farra