Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata sebanyak 3,885 sampel dikenal pasti sebagai varian jenis Delta setakat semalam.
Perkara itu dikongsikan oleh Bernama melalui ciapan di laman Twitter sebentar tadi. Tambah Dr Adham lagi, tiada varian Omicron dikesan di Malaysia melalui kajian penjujukan genom setakat ini.
Varian Omicron pada masa ini dilihat sebagai satu ancaman baharu kepada dunia kerana dipercayai ada kemungkinan ianya lebih mudah menjangkiti berbanding Delta.
Menurut Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, setakat ini, belum dipastikan sejauh mana ‘ganasnya’ virus tersebut.
“Apa yang boleh kita lakukan setakat ini adalah meningkatkan intervensi kesihatan awam (pemakaian pelitup muka, penjarakan, jaga kebersihan), menambah baik pengaliran udara, jaga kesihatan tubuh badan dan ambil dos penggalak vaksin apabila ditawarkan,”
Tiada varian Omicron dikesan di Malaysia melalui kajian penjujukan genom setakat ini – @DrAdhamBaba pic.twitter.com/YXV3DwyLJ8
— BERNAMA (@bernamadotcom) December 1, 2021
Sumber: Bernama