Sebuah video tular menunjukkan situasi seakan banjir tetapi yang peliknya airnya begitu jernih sehingga kelihatan seperti kolam mandi, memetik laporan daripada Prfmnews.Id.
Video yang dikongsikan oleh pemilik akaun TikTok @salam_kawanua itu memperlihatkan beberapa orang yang santai bermain air yang begitu jernih.
Menerusi perkongsian video itu dapat dilihat kanak-kanak yang berada di dalam video itu berendam bak berada di dalam kolam mandi.
Menurut laporan, paras air itu sememangnya tidak terlalu tinggi kerana jika dilihat air itu hanya di paras paha bagi orang dewasa.
Video tular yang memperoleh jumlah tontonan melebihi 25 juta itu mendapat perhatian orang ramai kerana air banjirnya yang tidak coklat seperti kebiasaan warna banjir.
βBanjirnya menimbulkan rasa suka,β demikian menurut kapyen yang diletakkan di dalam video itu.
@salam_kawanua
Sumber: prfmnews.id