Siakap Keli
Gambar hiasan via Bernama

BNM, Semua Bank Di Kuala Lumpur Beroperasi Seperti Biasa Esok – BNM

Bank Negara Malaysia (BNM) serta semua bank termasuk cawangan-cawangannya di Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur akan dibuka dan beroperasi seperti biasa pada Jumaat esok.

Dalam masa sama, segala urus niaga pasaran kewangan dalam pasaran pertukaran asing, pasaran wang dan pasaran bon melalui kaunter juga akan terus beroperasi pada esok.

BNM memaklumkan kenyataan sedemikian menerusi satu kenyataan media di laman portalnya hari ini.

Mengimbas kembali, semalam, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Shahidan Kasim mengumumkan esok sebagai Hari Kelepasan Am Tambahan di ketiga-tiga WP iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Cuti ‘istimewa’ tersebut diumumkan berikutan kemenangan Kuala Lumpur (KL) City FC yang berjaya merangkul juara Piala Malaysia setelah menumpaskan Johor Darul Takzim dalam saingan peringkat akhir pada 30 November kelmarin.

Sumber: Bank Negara Malaysia

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.