Satu video yang memaparkan seorang lelaki yang didakwa mencabuli anak tirinya yang berusia 15 tahun secara berulang kali diarak oleh orang awam telah menjadi tular di media sosial.
Menurut portal iNewsPurwokerto.id, lelaki yang berusia 47 tahun itu telah menyebabkan mangsa hamil tujuh bulan.
Orang ramai yang mengerumun suspek pada ketika itu dipercayai sempat memberikan ‘pengajaran’ kepadanya sebelum pihak polis tiba di lokasi kejadian.
Suspek telah dibawa ke pejabat polis di Tegal, Indonesia untuk siasatan lanjut.
“Suspek mencabul anak tirinya yang masih bersekolah rendah sebanyak 7 kali sejak Ogos 2020,” kata Ketua Siasatan Jenayah Polis Tegal, AKP I Gede Dewa Ditya Krishnanda.
“Perbuatan tersebut mula terbongkar ketika mangsa diperiksa oleh petugas perubatan kerana demam. Mangsa didapati hamil tujuh bulan. Mangsa mendakwa bahawa bapa tirinya telah bersetubuh dengannya,” katanya.
Sementara itu, suspek mengakui bahawa dia nekad untuk melakukan hubungan seks dengan anak tirinya itu kerana tergoda dengan susuk tubuh badan mangsa.
Suspek turut mendakwa dia tidak pernah mengugut mangsa semasa dia melampiaskan nafsunya itu. Persetubuhan tersebut difahamkan dilakukan di rumah semasa isterinya keluar bekerja di ladang.
Suspek kini ditahan di Pusat Tahanan Polis Tegal. Dia bakal didakwa dibawah akta perlindungan kanak-kanak. Jika didapati bersalah, dia bakal dijatuhi hukuman maksimum penjara selama 15 tahun.
Sumber: iNewsPurwokerto.id