Siakap Keli
Gambar : Hello Doktor

Guna Bahan Kat Dapur Je, Ini 5 Petua Hilangkan Jeragat Pada Wajah

Selain daripada jerawat, kulit berjeragat juga merupakan satu mimpi ‘ngeri’ buat kaum hawa. Lebih-lebih lagi, kawasan yang paling ketara ada pada bahagian hidung. Malu dibuatnya dan terus hilang keyakinan nak berhias.

Hiperpigmentasi atau jeragat berlaku apabila kawasan kulit tertentu menjadi lebih gelap atau tebal. Perubahan warna ini menjadikan kulit kelihatan kusam dan tidak setona. Untuk memudarkannya, anda boleh cuba beberapa petua hilangkan jeragat dengan baking soda!

Bintik-bintik gelap ini mungkin disebabkan oleh pengeluaran melanin yang berlebihan akibat terdedah kepada sinar UV yang berbahaya daripada matahari.

Jadi apa yang boleh kita buat? Bagaimana cara menghilangkan masalah kulit ini secara semula jadi?

Menerusi perkongsian daripada Hello Doktor, ada 5 petua yang boleh diamalkan untuk menghilangkan masalah jeragat ini. Mudah sahaja, bahannya sudah ada di dapur rumah anda.

Apa itu pigmentasi?

Sebelum kita kupas mengenai petua ini dengan lebih lanjut, mari kita fahami kejadian di sebalik jeragat terlebih dahulu.

Pigmentasi merupakan pewarnaan kulit, ditentukan oleh jumlah melanin yang dihasilkan oleh sel-sel kulit.

Istilah ini boleh merangkumi pelbagai jenis gangguan pigmentasi kulit yang boleh menjejaskan kawasan kulit yang kecil atau besar.

Hal ini turut merangkumi kondisi genetik, dan juga persekitaran, seperti sunspots atau liver spots.

Hiperpigmentasi, misalnya, merujuk pada masalah kegelapan kulit, seperti bintik-bintik usia dan jeragat.

Sekarang, ayuh kita terokai petua hilangkan jeragat dengan baking soda lebih lanjut!

Petua hilangkan jeragat dengan baking soda!

Peringatan, walaupun tip berikut mungkin berkesan dalam memudarkan jeragat, pastikan untuk melakukan patch test terlebih dahulu dan mendapatkan pandangan ahli dermatologi sebelum dicuba okey!

1. Baking soda dan air

Menggunakan campuran baking soda dan air dikatakan dapat bantu mencegah hiperpigmentasi pada kulit.

Ia akan memudarkan bintik-bintik gelap pada kulit dengan mudah.

Caranya:

  • Ambil 2 sudu baking soda dan tambahkan sedikit air ke dalamnya
  • Gaul sebati dan sapukan pes di bahagian kulit berjeragat
  • Urut selama 10 minit dan biarkan buat sementara waktu
  • Basuh dengan air sejuk dan keringkan bahagian tersebut dengan tuala bersih

Baking soda berupaya ‘mengelupaskan’ kulit, manakala madu mengandungi humektan semula jadi yang membantu mengurangkan jerawat pada kulit.

2. Baking soda dan madu

Selain itu, campuran serbuk penaik dan madu dapat bantu mengurangkan penampilan bintik-bintik gelap di wajah.

Caranya:

  • Campurkan sejumlah serbuk penaik dan madu untuk menghasilkan pes pekat
  • Sapukan pes ini pada bintik gelap dan cuci menggunakan air sejuk

3.  Petua hilangkan jeragat dengan baking soda dan susu

Tahukah anda, susu mengandungi asid laktik yang dikatakan dapat merawat masalah jeragat dengan mudah?

Tambah lagi, baking soda pula dapat membersihkan kulit anda dengan mendalam.

Apabila kedua-dua bahan ini dicampur, ia akan menjadi petua hilangkan jeragat yang baik dan berkesan!

Caranya:

  • Ambil sejumlah serbuk penaik dan gaul dengan susu
  • Pastikan untuk menghasilkan pes yang pekat
  • Sapukan pada bintik-bintik gelap atau jeragat dan bilas dengan air sejuk

4.  Baking soda dan jus kentang

Petua hilangkan jeragat dengan baking soda adalah menggabungkannya dengan kentang. Hah, kentang? Ya, benar!

Ini kerana kentang mengandungi pati yang dikatakan berkesan dalam mengurangkan pigmen gelap pada kulit, lantas menjadikannya remedi bagus untuk masalah jeragat!

Kandungannya yang berupaya mencerahkan kulit dapat menghilangkan bintik-bintik gelap pada wajah.

Gambar : Hello Doktor

Caranya:

  • Ambil 2 sudu serbuk penaik dan tambahkan sedikit jus kentang ke dalamnya
  • Campurkan kedua-dua bahan untuk mendapatkan pes pekat
  • Sapukan di bahagian yang ingin dirawat dan cuci dengan air sejuk

5.  Baking soda dan yogurt

Serbuk penaik mengelupaskan kulit, manakala yogurt mengandungi enzim aktif yang bantu memutihkan kulit secara semula jadi.

Gabungan baking soda dan yogurt dapat memudarkan penampilan bintik-bintik gelap serta jeragat di wajah dengan mudah!

Bukan itu sahaja, ia turut menjaga kelembapan kulit anda dan menghasilkan kulit yang sihat serta glowing!

Kaedah merawat jeragat yang lain, selain serbuk penaik

Ya, petua hilangkan jeragat dengan baking soda mungkin berkesan bagi sesetengah orang.

Tetapi, terdapat banyak faktor lain yang perlu difikirkan sebelum anda membuat keputusan untuk meletakkan serbuk penaik pada wajah.

Sekiranya ia dicuba tanpa melakukan patch test terlebih dahulu, digusari mampu mengakibatkan masalah kekeringan dan iritasi kulit!

Jika didapati kulit anda tidak sesuai dengan serbuk penaik, apa lagi kaedah menghilangkan jeragat yang berkesan?

Ayuh kenali bahan-bahan dan nutrien lain!

Untuk mengelakkan penghasilan pigmen berlebihan pada wajah dek kerana sinar UV matahari, rajinkan diri untuk sentiasa memakai krim pelembap berserta pelindung matahari (sunblock)!

Selain itu, produk berasaskan antioksidan boleh melindungi kulit daripada radikal bebas yang merosakkan sel dan mempercepatkan kesan penuaan.

Gambar : Hello Doktor

Bahan dan nutrien seperti:

Kesemua bahan ini bermanfaat dalam mencegah dan mengurangkan penampilan hiperpigmentasi.

Vitamin C juga merupakan agen pencerah yang bagus untuk masalah hiperpigmentasi/jeragat!

Tambahan itu, kolagen yang dihidrolisis juga meningkatkan penampilan kulit kusam atau rosak dengan mengurangkan pengelupasan dan meningkatkan kualiti keseluruhan kulit.

Sumber : Hello Doktor

Fathin Nadzira

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.