Siakap Keli

Jumlah Kumulatif 139 Individu Disahkan Positif Covid-19 Di Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya

Pengarah Kesihatan Negeri Selangor megnesahkan kejadian kluster Covid-19 yang membabitkan pelajar dan guru di Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya, Sepang sudah berlaku sejak 24 November lalu.

Kes indeks merupakan seorang guru di sekolah tersebut. Guru terbabit didapati bergejala pada 22 November 2021 dan disahkan positif Covid-19 pada 24 November 2021.

Beliau menerusi satu kenyataan media hari ini berkatas, kluster tersebut telah diumumkan pada 29 November lalu sebagai Kluster Persiaran Tasik dengan membabitkan seramai enam pelajar dan seorang guru selepas melakukan saringan kontak rapat.

Kesemua enam pelajat kini telah dirujuk kes Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Bersepadu 2.0 Maeps, Serdang manakala kedua-dua guru tersebut sedang menjalani pengasingan di rumah.

Pada 1 Disember 2021 lalu, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Sepang telah menjalankan saringan kepada 240 pelajar dan seramai 65 kes baharu positif Covid-19 dikesan. Proses saringan kedua pada 2 Disember ke atas 523 individu yang terdiri daripada 432 pelajar dan 53 guru serta 38 pertugas.

Jumlah keseluruhan hingga jam 3 petang 2 Disember, seramai 946 orang terdiri daripada 849 pelajar, 59 guru dan 38 petugas. Daripada jumlah tersebut, jumlah kumulatif kes positif di tempat tersebut adalah 139 orang termasuk 114 pelajar, 15 guru dan 10 petugas.

Kes-kes positif akan dirujuk ke PKRC MAEPS manakala kontak rapat akan ditempatkan di stesen kuarantin kerajaan. Kesemua pesakit berada dlaam keadaan stabil dan berada pada kategori 1 dan katergori 2A bergejala tetapi risiko rendah.

Bagaimanapun, pihak PKD Sepang dan sekolah bekerjasama rapat dalam menangani kluster ini. Sebarang maklumat terkini tentang Kluster Persiaran Tasik akan dikemaskini untuk makluman umum.

Sumber: KKM

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.