Terkini, Singapura dilaporkan telah mengesan dua kes kes import COVID-19 dengan ujian awal positif bagi varian Omicron.
Perkara itu dimaklumkan oleh Ministry Of Health Singapore (MOH) pada hari ini, seperti yang dikongsikan oleh Bernama di laman Twitter.
Singapura mengesan dua kes import #COVID-19 dengan ujian awal positif bagi varian Omicron – MOH@KKMPutrajaya pic.twitter.com/9xIiVGqSJY
— BERNAMA (@bernamadotcom) December 2, 2021
Menurut kementerian memetik laporan CNA, kedua-dua kes itu telah diasingkan sebaik tiba di Singapura pada 1 Disember dan tidak berinteraksi dalam masyarakat.
Tambahnya lagi, pada masa kini tiada bukti penularan dalam komuniti daripada kes-kes tersebut.