Arab Saudi sahkan kes pertama varian baharu Covid-19, Omicron pada Rabu Lalu.
Memetik daripada laporan Arab News, kes berkenaan dikesan daripada seorang pelancong dari negara Afrika Utara yang tiba di negara tersebut. Individu tersebut telah mendapat vaksinasi sepenuhnya dan sedang menjalani kuarantin.
Justeru, orang yang pernah berjumpa dengan wanita ini juga sedang menjalani kuarantin kendiri. Bagaimanapun, wanita ini tidak menunjukkan sebarang gejala.
Menurut pegawai kesihatan daripada Kementerian Kesihatan Arab Saudi, individu yang ingin ke negara tersebut perlulah lengkap dua dos vaksin dan mematuhi protokol kuarantin serta ujian semasa ketibaan mereka.
Penyebaran varian baharu ini berlaku sejurus kerajaan Arab Saudi membenarkan pelancong luar untuk datang ke negara tersebut.
Sumber: Arab News