Siakap Keli

Peluru Anti-Kereta Kebal ‘Tersangkut’ Dalam Dubur Lelaki, Skuad Pemusnah Bom Terpaksa Dipanggil, Bimbang Meletup

Sepasukan skuad pakar pemusnah bom terpaksa digegaskan ke sebuah hospital apabila seorang lelaki hadir bagi mendapatkan rawatan selepas sebutir peluru anti-kereta kebal era Perang Dunia II ‘tersangkut’ di dalam duburnya.

Pakar perubatan terpaksa meminta bantuan daripada skuad tersebut selepas lelaki itu dihantar ke unit Kemalangan dan Kecemasan Hospital Diraja Gloucestershire di Gloucester apabila dia tidak dapat mengeluarkan peluru yang berukuran sebesar 57 milimeter itu.

Lelaki yang juga merupakan pengumpul alatan tentera tersebut mendakwa bahawa peluru yang tersangkut di dalam duburnya itu adalah merupakan salah satu koleksi senjata peribadi miliknya.

Dia memaklumkan kepada pegawai perubatan bahawa bahan letupan yang berusia 80 tahun itu tersangkut pada duburnya selepas dia tersadung dan terjatuh.

Seorang sumber memberitahu The Sun: “Lelaki itu berkata bahawa dia telah menjumpai peluru tersebut ketika dia sedang membersihkan barang-barangnya.

“Katanya dia telah meletakkan peluru itu di atas lantai sebelum tergelincir dan jatuh di atasnya sehinggakan peluru tersebut menembusi duburnya. Dia mengalami sakit yang agak teruk”.

Ekoran daripada itu, polis dan skuad pakar pemusnah bom tentera telah dipanggil ke hospital berkenaan.

Sumber lain memberitahu: “Peluru itu adalah ketulan plumbum yang besar dan runcing yang direka untuk merobek perisai kereta kebal.

“Ia pada asasnya adalah ketulan logam lengai, dan tidak akan mengancam nyawa sesiapa.”

Wakil daripada hospital mengesahkan ‘protokol keselamatan yang berkaitan’ dipatuhi dan tiada risiko kepada kakitangan, pesakit atau pelawat.

Kementerian Pertahanan menambah bahawa mereka telah menghantar skuad bom berikutan terdapat permintaan daripada polis tempatan.

Sumber: Daily Mail

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.