Siakap Keli
Gambar hiasan via Bernama

TERKINI: Khairy Bakal Umumkan Sesuatu 11.30 Pagi Ini

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin bakal mengumumkan sesuatu dalam sidang media khas yang dijangka bermula pada 11.30 pagi hari ini.

“Saya akan menyediakan beberapa (maklumat) kemas kini pada 11.30 pagi hari ini,” katanya dalam satu kenyataan ringkas di Twitter sebentar tadi.

Sidang Media Khas Menteri Kesihatan tersebut boleh ditonton menerusi saluran Facebook Live di laman Facebook rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sebarang maklumat terkini mengenai sidang media itu akan dilaporkan dalam laporan selanjutnya.

Berita penuh menyusul.

Sumber: Twitter Khairy Jamaluddin

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'