Siakap Keli
Gambar: zackyoreo

Tular Video Buat Kacau Ganggu Di Hospital KL, Polis Maklumkan Lelaki Alami “Bipolar Mood Disorder”

Satu video yang memaparkan seorang individu membuat kacau ganggu di hadapan Jabatan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur telah menjadi tular di media sosial.

Video tersebut menunjukkan seorang lelaki yang berpakaian kain pelikat, bersongkok dan berbaju jersi pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) telah melaungkan kata-kata sorakan di hadapan lokasi berkenaan.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan pihak polis, kejadian tersebut berlaku pada 2 Disember 2021 kira-kira jam 8.30 malam.

Pihak polis terus bertindak dengan menghantar sebuah kereta peronda (MPV) selepas menerima maklumat tersebut.

Hasil siasatan yang dijalankan pihak polis mendapati bahawa individu itu hendak mendapatkan rawatan susulan di hospital berkenaan kerana mengalami penyakit Bipolar Mood Disorder dan berjaya ditenangkan selepas itu.

“Hasil siasatan mendapati individu tersebut berada di Jabatan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL) bersama ahli keluarga bagi mendapatkan rawatan susulan kerana mengalami penyakit Bipolar Mood Disorder. 

“Individu tersebut berjaya ditenangkan dan seterusnya dibawa masuk ke wad untuk menerima rawatan lanjut,” tulis kenyataan itu.

Ekoran daripada kejadian itu, pihak polis menasihatkan kepada orang ramai agar tidak menularkan video tersebut agar tidak mendatangkan kegusaran awam.

 

 

Sumber: Polis KL

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.