Satu video yang memaparkan seorang wanita sedang memasak seekor buaya telah menjadi tular di media sosial.
Perkara tersebut telah dirakam dan dimuat naik oleh sebuah akaun TikTok bernama @alinmojo.
Video tersebut memaparkan seorang wanita sedang mempersiapkan daging buaya menjadi lauk untuk dijamah.
Sebelum dia mula memasak daging buaya tersebut, wanita yang berbaju merah itu pada mulanya dilihat mengupas kulit buaya berkenaan dengan menggunakan pisau.
@alinmojo Balas @intanputri311 #fyp #NoMoreSkinDrama #JogetInfinixHot11MLBB
Setelah seluruh kulit buaya itu dikupas dan dibersihkan, wanita tersebut kemudiannya membawa buaya berkenaan ke sungai untuk membersihkannya.
Seterusnya, buaya kecil itu kemudiannya dipotong menjadi beberapa bahagian. Lalu, wanita itu mula menyediakan rempah untuk dimasak dengan daging buaya yang telah dipotong-potong itu.
Setelah kuali dipanaskan, wanita tersebut mula menuang minyak, garam, kicap, air dan bahan perasa lain. Ketika semua rempah mulai sebati, wanita tersebut memasukkan daging buaya dan mengacaunya.
Beberapa minit kemudian, wanita tersebut mengangkat dan meletakkan daging buaya ke dalam pinggan. Daging buaya tersebut kelihatan keperangan seperti ayam masak kicap selepas dimasak.
Dalam video yang dimuat naik seterusnya, kelihatan wanita tersebut sedang memakan daging buaya itu bersama haiwan peliharaan mereka.
@alinmojo Lanjut 🆗.. #JogetInfinixHot11MLBB #TebakRasaOREO fyp. Maaf Part ny ada yg hilang krna pelanggaran tik tok.
Video tersebut lantas menjadi tular di media sosial. Sehingga kini, ianya telah mendapat sebanyak jutaan tontonan.
Sumber: suarajawatengah.id