Siakap Keli

7 Syarikat Pembinaan Terbaik Di Malaysia Dan Cara Nak Dapatkan 5 Mata CCD Oleh CIDB

Sektor pembinaan dan pertumbuhan ekonomi di Malaysia saling berkait rapat. Sumbangan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar atau ‘Gross Domestic Product’ (GDP) memacu sosio-ekonomi sektor pembinaan menerusi pengumpulan modal, penjanaan hasil dan penciptaan pekerjaan. 

Sektor ini pastinya memainkan peranan yang penting didalam ekonomi sekaligus merupakan antara industri yang berkembang pesat dengan pelbagai projek mega infrastruktur di negara ini. 

Hari ini, kami senaraikan tujuh (7) syarikat pembinaan terbaik di Malaysia yang diiktiraf organisasi terbaik dengan berkongsi kemakmuran bersama pekerja. 

UEM SUNRISE BERHAD

Nama besar UEM Sunrise Berhad tidak asing lagi di Malaysia. Dikenali sebagai pemaju hartanah utama di negara ini dengan kecekapan teras melalui pelbagai pembangunan makro dan mikro. Syarikat ini juga banyak memenangi anugerah; pembangunan komersil dan campuran didalam serta antarbangsa. 

MALAYSIAN RESOURCES CORPORATION BERHAD (MRCB)

Ditubuhkan sejak 1968, MRCB merupakan pemaju utama dalam perniagaan dan hab pengangkutan di yang bertapak di Kuala Lumpur. Sejak 1990-an, MRCB telah mengetuai satu konsortium yang terdiri daripada Keretapi Tanah Melayu (KTM) dan Pembinaan Redzai untuk membangunkan KL Sentral, hab pengangkutan terbesar di Malaysia.

Gambar kredit: atap

AHMAD ZAKI RESOURCES BERHAD (AZRB)

Sejak lebih 30 tahun penubuhannaya didalam industry, AZRB telah menyiapkan pelbagai pembinaan dalam kategori kejuruteraan dan pembinaan projek-projek awam.

JAMBATAN KEDUA SDN. BHD. 

Diperbadankan pada 2008 bersempena pembinaan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah yang merupakan salah satu projek dibawah Rancangan Malaysia ke-9 dan merupakan milik penuh Kementerian Kewangan.

TRANS ELITE GROUP SDN. BHD. 

Dengan rekod prestasi lebih 30 tahun, Trans Elite Group Sdn. Bhd. ditubuhkan pada tahun 1988 dengan kepakaran dalam bidang pembaikan, perdagangan dan penyewaan kren.

SLS BEARINGS (M) SDN. BHD. 

Dibangunkan sejak 1963, 50 tahun dalam insdustri menjadikan syarikat ini antara organisasi yang paling dipercayai, menawarkan sistem mekanik, komponen dan solusi yang berkualiti. 

GRAND SAGA SDN. BHD. 

Syarikat Grand Saga dipertanggungjawabkan untuk menaik taraf jalan raya sedia, melebar dan menambah jambatan dan persimpangan bertingkat.

Menariknya, ketujuh-tujuh organisasi ini bukan sahaja hebat dalam kemahrian dan pengalaman masing-masing tapi juga hebat dalam berkongsi kekayaan mereka bersama diantara majikan dan para pakerjanya. 

Bagaimana ‘kekayaan’ itu dikongsi?

Organisasi-organisasi ini mengamalkan amalan terbaik Sistem Upah Berkaitan Produktiviti (PLWS) yang memenuhi elemen-elemen PLWS seperti pembahagian imbuhan atau bonus, kenaikan gaji berdasarkan prestasi kerja, caj perkhidmatan, pencapaian individu atau berkumpulan, insentif kehadiran, insentif jualan, insentif penjimatan kos dan masa serta insentif berasaskan kemahiran.

Ketujuh-tujuh jenama besar ini telah menerima Sijil Perakuan eSPO yang dikelola di bawah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dan membuktikan tiga (3) komponen utama dalam Sistem Upah Berkaitan Produktiviti (PLWS) telah dipraktikkan sebaiknya.

Sijil ini diperakui oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Kementerian Sumber Manusia (KSM).

Ciri-ciri organisasi terbaik

  • Mengamalkan prinsip penciptaan dan perkongsian kekayaan bersama.
  • Diperakui dengan perakuan yang diiktiraf Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Kementerian Sumber Manusia (KSM).
  • Mengamalkan kaedah pembahagian keuntungan yang saling menguntungkan kedua-dua majikan dan pekerja.
  • Berkongsi insentif, faedah dan bonus secara adil kepada pekerja.

eSPO beri ganjaran 5 mata CCD kepada syarikat industri pembinaan  

Sijil Perakuan eSPO inisiatif oleh MPC, merupakan satu sistem dalam talian yang memperakui organisasi yang melaksanakan Sistem Upah Berkaitan Produktiviti (Productivity Linked Wage System – PLWS) sebagai organisasi kemakmuran bersama. Selain dari perakuan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Kementerian Sumber Manusia (KSM), pihak CIDB juga turut mengiktiraf Sijil Perakuan eSPO dan menyarankan agar syarikat pembinaan memohon untuk mendapatkan sijil ini.

Nilai tambah syarikat-syarikat pembinaan

Melalui Sijil Perakuan eSPO, ia akan memberi nilai tambah kepada syarikat-syarikat pembinaan sekaligus meletakkan syarikat kontraktor sebagai majikan dan rakan niaga pilihan kerana melaksanakan prinsip penciptaan kekayaan bersama.

Setiap pihak, majikan dan pekerja mempunyai peranan penting dalam memastikan kelangsungan industri pembinaan. Persekitaran kerja yang sihat dan produktif dapat dicapai apabila pekerja mendapat ganjaran yang sewajarnya berdasarkan prestasi kerja dan sumbangan kepada syarikat. Ini adalah elemen organisasi kemakmuran bersama.

Syarat kelayakan untuk mendapatkan Sijil Perakuan eSPO adalah berdasarkan tiga (3) kriteria, iaitu bonus, produktiviti dan prestasi, dan kemahiran. Syarikat pembinaan yang berminat boleh melayari http://www.mpc.gov.my/espo/ untuk memohon sijil perakuan eSPO.

Maklumat lanjut juga boleh didapati di laman sesawang www.mpc.gov.my atau media sosial facebook di @espompc.

Nur Farra