Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kejadian seperti serangga masuk ke dalam telingga jarang-jarang kita dengar. Serangga akan masuk ke telinga ketika sedang tidur atau melakukan aktiviti di luar rumah terutamanya ketika berada di dalam hutan.
Serangga tersebut mungkin telah mati atau masih hidup dan cuba menggali ”lubang’ di dalam telinga hingga mengakibatkan pesakit akan berasa sakit yang teramat sangat.
Jika korang atau si kecil diserang situasi ini, ada beberapa perkara yang perlu korang lakukan.
Perkongsian daripada Doktor Pakar Bedah Telinga, Hidung Dan Tekak, Dr Ezairy M. Sallih memberi tips untuk mereka yang berdepan dengan masalah ini.

Pernah tak anda alami situasi seperti ini, sama ada berlaku kepada anda, ahli keluarga atau sesiapa sahaja. Nak buat macam mana?
Letakkan baby oil ke dalam telinga.
Serangga akan lemas dan mati. Ada serangga yang akan segera keluar. Selalunya serangga akan mati dengan baby oil, telinga dah tak sakit lagi.
Pergi ke mana-mana fasiliti kesihatan.
Doktor akan lakukan pemeriksaan. Doktor akan bantu keluarkan serangga sekiranya serangga masih ada dalam telinga
Semoga perkongsian ini berguna untuk kalian.

Sumber: Dr Ezairy M.Sallih