Siakap Keli
Gambar : Daily Mail

(Video) Detik Cemas Bas Bawa Penumpang Terbalik Ketika Redah Arus Deras, Lebih 20 Orang Dilapor Maut

Sebuah rakaman ngeri memaparkan sebuah bas terbalik yang membawa ahli koir semasa menyeberangi banjir deras di Kenya dan menyebabkan lebih daripada 20 orang terkorban, lapor Daily Mail.

Bas sekolah kuning dilaporkan telah disewa untuk membantu ahli koir gereja ke majlis perkahwinan pada hari Sabtu lalu apabila bas tersebut menyeberangi jalan yang dinaiki air.

Pada hari kejadian, bas tersebut memutuskan untuk mengambil peluang dan mula memandu perlahan-lahan melintasi air yang deras itu sementara orang ramai menunggu di seberang sungai.

Walau bagaimanapun, kejadian tersebut bertukar menjadi tragedi apabila bas tersebut mula condong ke sisi dan karam semasa melintasi laluan itu.

Dalam beberapa saat sahaja, bas tersebut mula terbalik dan kedengaran jeritan daripada penumpang dan orang ramai untuk meminta pertolongan.

Orang ramai pada ketika itu terus bergegas ke kawasan menghulurkan bantuan untuk cuba mengeluarkan mangsa kejadian.

Sepuluh penumpang dilaporkan telah terselamat manakala lebih daripada 20 orang penumpang meninggal dunia di tempat kejadian.

Insiden itu dikatakan berlaku di sepanjang Sungai Enziu, sekitar 125 batu di timur ibu kota Kenya, Nairobi. Pasukan penyelamat mendakwa telah menemui 23 mayat yang tenggelam dari dalam banjir tersebut.

“Kemalangan yang dahsyat telah berlaku di sini pada pagi Sabtu,” kata Charity Ngilu, gabenor Daerah Kitui.

“Mayat yang ditemui adalah berusia di antara 23 tahun dan masih banyak lagi mayat dalam bas itu.”

Sumber : Daily Mail

Fathin Nadzira