Siakap Keli
Gambar Hiasan via Cool Kids Fact

Buaya Dilapor Mati Lemas Kerana ‘Pemalu Dan Mudah Takut’ Keluar Dari Air

Seekor buaya besar seberat hampir 100 kilogram di Liuzhou, China telah mati lemas gara-gara takut keluar dari air kerana ianya “pemalu dan mudah takut,” kata penternak buaya tempatan kepada media.

Walau bagaimanapun, pakar menyatakan bahawa kejadian lemas yang jarang berlaku pada seekor buaya itu mungkin boleh dikaitkan dengan penyakit yang dihidapi haiwan tersebut, di mana ianya mungkin menyebabkan dia tidak dapat bernafas dengan baik.

Insiden itu telah dikongsikan di dalam internet oleh seorang pekerja di ladang buaya di Liuzhou. “Buaya itu adalah seekor buaya yang penakut. Dia akan masuk ke dalam air dan tidak akan keluar kerana ketakutan, yang akhirnya akan membawa kepada tragedi,” jelas penternak itu.

“Ini kali pertama saya melihat seekor buaya mati lemas,” tambahnya.

Warganet yang mengetahui berkenaan insiden itu telah tertanya-tanya tentang mengapa haiwan yang habitatnya di dalam air itu secara “tiba-tiba hilang keupayaan untuk berenang”.

Bagaimanapun, pakar haiwan menyatakan bahawa buaya biasanya boleh menyelam dan naik ke permukaan untuk mendapatkan udara melalui paru-paru mereka.

Oleh yang demikian, kejadian lemas yang jarang berlaku dalam kes ini mungkin disebabkan oleh penyakit, yang menghalang buaya itu daripada bernafas dengan baik.

Sumber: Global Times

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.