Siakap Keli
Gambar: Bernama

Pemindahan RM42 Juta Daripada SRC International Ke Dalam Akaun Najib Tidak Diklasifikasikan Sebagai Kepentingan Negara – Hakim

Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil bagi kes SRC International Sdn Bhd yang membabitkan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan bahawa pemindahan RM42 juta daripada SRC International ke dalam akaun Najib itu tidak diklasifikasikan sebagai kepentingan negara.

Datuk Abdul Karim Abdul Jalil telah menyatakan perkara tersebut ketika pembacaan penghakiman ke atas kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd yang berlangsung pada pagi ini melalui dalam talian.

Menurut Bernama, keputusan tersebut terpaksa disampaikan melalui dalam talian susulan bekas perdana menteri dan peguam belanya itu merupakan kontak rapat kasual kepada anak lelaki Tan Sri Muhammad Sgafee Abdullah, Muhammad Farhan, yang disahkan positif COVID-19.

Berita berkenaan keputusan penuh mengenai kes tersebut bakal menyusul.

Sumber: Bernama

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.