Siakap Keli
Gambar: India Times

Penternak Buat Laporan Polis Terhadap Lembunya Kerana Tidak Keluarkan Susu Walau Sudah Diberi Makan

Seorang penternak di Karnataka, India nekad buat laporan polis terhadap lembu miliknya kerana mendakwa lembunya itu tidak mahu mengeluarkan susu walaupun telah diberi makan secukupnya, lapor portal India Times.

Penternak yang berasal dari kampung Sidlipura di Shivamogga, India itu telah mendakwa bahawa lembunya itu sudah tidak mengeluarkan susu selama empat hari walaupun dia telah memberikan makanan kepadanya, lapor Deccan Herald.

Penternak tersebut dilaporkan selalu membawa lembunya untuk meragut rumput setiap hari dari pukul 8 pagi hingga 11 pagi dan dari 4 petang hingga 6 petang, namun mereka tidak dapat menghasilkan apa-apa sebagai balasan atas usahanya itu.

“Mereka tidak mengeluarkan susu sejak empat hari lalu. Jadi, pihak polis harus membantu meyakinkan mereka untuk mengeluarkan susu,” ujarnya.

Lelaki tersebut kemudiannya telah meminta pihak polis untuk memanggil lembu-lembu berkenaan ke balai polis bagi menasihatkan mereka supaya mengeluarkan susu.

Menurut laporan di Deccan Herald, pihak polis menyatakan bahawa mereka telah cuba meyakinkan penternak tersebut bahawa aduan seperti itu tidak boleh didaftarkan, namun dia tetap berkeras.

Sementara itu, aduan berkenaan kes tersebut lantas menjadi tular di media sosial.

Kes tersebut bukanlah suatu perkara yang pertama kali pernah terjadi di India. Ini kerana, bulan lalu, seorang penternak dari daerah Bhind di Madhya Pradesh dilaporkan telah pergi ke balai polis membawa bersama kerbau miliknya.

Penternak itu telah membuat aduan kepada pihak polis berkenaan haiwan ternakannya itu enggan diperah susunya serta mengesyaki bahawa ianya mungkin disihir.

Sumber: India Times

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.