Siakap Keli
Gambar: Bernama

TERKINI: Kes Baharu COVID-19 Hari Ini Meningkat Dari Semalam, Cecah Angka 5k

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa pada 8 Disember 2021, sebanyak 5,020 kes COVID-19 baharu dilaporkan di Malaysia.

Angka kes baharu itu agak meningkat sedikit berbanding semalam iaitu sebanyak 4,965 kes.

Pertambahan kes baharu pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 yang dicatatkan di Malaysia meningkat kepada 2,673,019 kes.

Bagi mendapatkan maklumat berkenaan statistik kes COVID-19 secara lebih terperinci, layari laman COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my/

Sumber: Noor Hisham Abdullah

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.