Siakap Keli
Foto: Siti Rohayu

Hanya 11 Bulan Hilang 29kg, Wanita Ini Amalkan Suku-Suku Separuh Masa PKP, Sampai ‘Family’ Terkejut

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Tidak lama lagi kita akan melangkah ke tahun 2022 dan ketika ini ramai yang sudah memasang azam baharu termasuklah untuk menguruskan badan. Mana taknya, kalau dah ‘oversize’ mesti rasa badan lemah dan tidak selesa.

Namun, agak sukar jika seseorang itu memulakan gaya hidup yang sihat. Ye lah, kalau kiri kanan asyik datang ‘hasut’ ajak makan.

Tetapi, semangat untuk turunkan berat badan sudah menjadi satu keazaman bagi Siti Rohayu. Dia berkongsi pengalamannya menurunkan berat badan sepanjang tempoh PKP lalu dan hasilkan sangat ‘wow’.

Katanya, selepas pulang ke kampung halaman, ramai yang hampir tidak mengenalinya kerana perbezaan bentuk badan. Jadi, kalau korang nak bersemangat macam Siti Rohayu ini juga, jom kita lihat apa yang dilakukan olehnya.

“Kahwin 2016 berat 104kg, baju pengantin tak ada pilihan mana pling besar tu ja la yang disewa untuk majlis.”

Percaya tak sampai harini gambar kahwin dalam cd saya tak tengok lagi sebab tau dah memang buruk. Gambar yang dok ada pun dari abang jurukamera.

Dia pos kat Facebook saya save, dari kawan hantar kat wassap sebab mungkin tu nampak macam kurus sikit padahal separuh badan dok belakang suami. Tak tergamak nak tengok yg belum di edit ada dalam cd tu.

Diet untuk ikhtiar hamil sebab ada masalah hormon dan PCOS

Lepas kahwin naik hampir 110kg. Diet untuk ikhtiar hamil, doktor suruh sebab ada masalah hormon dan PCOS tu. Start diet ikhtiar hamil Jan 2019-Jun 2019 (106.4kg- 90kg) berjaya hamil setelah hampir 3 tahun menanti.. Alhamdulillah

Terdetik nak diet bila kerajaan umum PKP…

Lepas branak berpantang jadi 85kg, lepas tu kembali rutin makan tak ingat dunia sampai jadi 95.6kg… Masa tu yang boleh terdetik nak diet bila kerajaan umum PKP tak boleh rentas daerah dan negeri.

Kedai makan pun tak boleh dine in. Kena masak la jawabnya. Nak balik kampung pun tak boleh, kena berkurung ja. Rasanya dah tiba masa untuk kembali ke pangkal jalan sebab tak boleh balik kampung, tak boleh jalan-jalan. Rasa selamat dah untuk diet ni.

Mula diet

  • Januari 2021 (95.6kg)
  • November 2021 (66.6kg)

Dec balik kampung semua gosok mata tak kenal. Paling femes soalan makan ubat apa? tak makan nasik ka? Adoii…

Penat ja aku control makan DSSS, zumba, jogging, plank, dumbble, skipping, cycling 11 bulan. Produk jugak dapat nama… Balik kampung sendiri, adik kandung siap menjerit lagi tengok. Sepanjang hayat dia dok hidup dengan kakak dinoso (pangilan budak kat kampung pangil kak dinoso).

Balik kg suami pulak, adik ipar plak dok senyum-senyum nak tegur segan tgok wassap kak ipar yang serumah ni tanya diet macam mana. Paling lucu mak mertua bebel tak bagi diet dah elok dah dia kata tak payah kurus lagi dah. Elok apanya ada lagi 10kg ni, ya la last jumpa tahun lepas menantu besar peti ais rumah dia, mesti
dia rasa kesian kot.

Tinggi saya 157cm. Berat idaman 55kg. Walaupun 11 bulan ni lost weight 29kg sja (total keseluruhan dari kahwin: 39.8kg)

Syukurlah sebab saya mampu harunginya walaupun kerap jugak cheatday bila ada abang foodpanda bagi hon depan rumah hantar makanan kat suami. Isteri takkan nak tengok saja. Makan sama la tapi masih control cara pengambilan maknan tu.

Dec ni cheatday sebulan ye sampai bukak skolah… Balik kampung nak makan masakan mak. Nak enjoy dengan family makan-makan dan jalan-jalan. Nanti new year on semula…

Selmat berjuang semua… Doakan saya tak terlajak ye. Saya janji new year saya naik darat. Terima kasih group yang bnyak bagi inspirasi. Terima kasih kawan yang banyak bagi semangat. Saya rehat sebulan ye, jangan marah..

 

Sumber: Siti Rohayu

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang