Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa pada 9 Disember 2021, terdapat sebanyak 5,446 kes COVID-19 baharu dilaporkan.
Angka yang dicatatkan pada hari ini meningkat sedikit berbanding semalam iaitu 5,020 kes.
5,446 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 yang dicatatkan di Malaysia meningkat kepada 2,678,465 kes.
Untuk mendapatkan statistik kes COVID-19 secara lebih terperinci, layari laman COVIDNOW seperti berikut: https://covidnow.moh.gov.my/
Pada 9 Disember 2021, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 5,446 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,678,465 kes.
Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://t.co/aIQttvCbIP
Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam. pic.twitter.com/2khzkW2EDs
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) December 9, 2021
Sumber: Noor Hisham Abdullah