Siakap Keli
TikTok: @drsyai

(Video) “Jangkitan Boleh Merebak Terus Ke Otak,” Jangan Picit Jerawat Di Kawasan ‘Triangle Of Death’ Ini

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Jika anda selalu berasa ‘gatal tangan’ untuk memicit dan memecahkan jerawat di muka, terutama sekali di bahagian hidung lebih baik anda hentikan tabiat itu. Tahukah anda, memicit dan memecahkan jerawat di bahagian hidung boleh membahayakan diri dan mengancam nyawa anda?

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh seorang Doktor di akaun TikTok beliau @drsyai, beliau menerangkan sebab mengapa kita tidak boleh memicit jerawat terutama di bahagian hidung.

Hal ini kerana kawasan tersebut dikatakan sebagai ‘segi tiga kematian’. Menurut doktor ini, kawasan tersebut berhubung terus dengan otak. Maka sebarang jangkitan yang berlaku di kawasan itu boleh merebak terus dengan otak sehingga boleh menyebabkan jangkitan di sekitar otak dan berlakunya strok.

@drsyai

Jgn picit jerawat dkt area ni!! #pendidikankulit #beautytips

♬ 아무노래(Any song) – kozico0914

Menjengah ke ruangan komen pula, warganet turut menyatakan perasaan mereka yang selama ini mereka selalu memicit jerawat di bahagian hidung.

Sumber: TikTok

Aireena Marizan