PASIR SALAK – Kes buli yang melibatkan pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar minggu lalu dikatakan berpunca apabila mangsa menegur rakannya agar tidak menonton video lucah.
Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, punca kejadian didedahkan hasil siasatan dan keterangan yang diperoleh daripada mangsa buli, berusia 13 tahun.
Sementara itu, mangsa kini dirawat di sebuah hospital di Selangor. Mangsa dilaporkan dalam keadaan stabil dan tidak mempunyai sebarang kecederaan yang serius.
Sumber: Astro Awani