Terkini

Bisnes
Spritzer Raih Pengiktirafan Berganda Melalui Putra Brand Awards 2025 & Superior Taste Award 2025
Pendidikan
Adibah Omar Bawa Agenda Kerjasama Pembacaan ASEAN ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
Fesyen
Skechers x Demon Slayer Kembali Dengan Koleksi Lebih Ikonik
Fesyen
ICE-WATCH Malaysia Lancar Koleksi Jam Tangan Terbaharu 2026
Selera
Buffet Berbuka Puasa Tropicana Kembali Dengan Lebih 200 Hidangan Istimewa & Semangat Berkongsi
Gaya hidup
Seram, Ular Sawa Kekenyangan Telan Kucing Berjaya Ditangkap
Berita
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman Dibuka Mulai Hari Ini
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa 5 Negeri Hingga Malam Ini
Kesihatan
Kajian Dedah Fikiran Negatif Tingkatkan Risiko Demensia
Luar Negara
Dilapor Hilang, Anak "Rapper" Terkenal Ditemui Maut Dalam Kolam Berdekatan Rumah
Berita
Sidang Media GARAH: Ketua Polis Kuala Lumpur Pandang Serius Isu-isu Sensitif Berkaitan 3R
Berita
Wanita Diserang Strok Setelah Lakukan Regangan Leher
Berita
SARA RM100 “One-Off” Disalurkan Mulai Esok
Berita
Rembayung Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, Pihak Kontraktor Jelaskan Punca
Luar Negara
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold Meninggal Dunia Pada Usia 47 Tahun
Berita
Peniaga Bazar Diingat Ambil Suntikan Tifoid, Jaga Kebersihan
Berita
Along Eyzendy Meninggal Dunia
Berita
NASA Benarkan Angkasawan Bawa Telefon Pintar Ke Angkasa
Sukan
Pelancaran MotoGP 2026 Di KL Meriah, Pelumba Pamer Jentera Baharu
Selera
5 Resipi Ayam Mudah & Sedap, Sesuai Untuk Berbuka Puasa
Berita
Restoran Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, KA Mohon Maaf
Sukan
Ultras Selangor Dilarang Masuk Stadium Bagi Tiga Perlawanan
Berita
Modi Hargai Sambutan Mesra Oleh PM Anwar
Berita
Tindakan Maksimum Terhadap Pihak Gugat Keselamatan Negara - PM Anwar
Berita
Ribut Petir, Hujan Lebat Di 8 Negeri & 2 Wilayah Malam Ini
Berita
PM India Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari
Gaya hidup
Minta Edit Gambar Macam Dato'-Dato', Hasilnya Buat Ramai Tak Kering Gusi
Berita
Tiga Kluster Tibi Di Kelantan Babit Sembilan Kes
Berita
Syarat Minimum UKKM Kekal 60 Peratus, Pastikan Pelajar Mampu Ikuti Tahap Pembelajaran
Berita
Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini
kes serangan anak rafizi
Kredit: Bernama
Klasifikasi Kes Serangan Anak Rafizi Ditentukan Hasil Siasatan Polis - Saifuddin

BERNAMA

Klasifikasi Kes Serangan Anak Rafizi Ditentukan Hasil Siasatan Polis - Saifuddin

KULIM, 31 Jan (Bernama) -- Status siasatan kes serangan melibatkan anak Ahli Parlimen Pandan Datuk Seri Rafizi Ramli akan ditentukan berdasarkan perkembangan siasatan polis, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata sama ada kes tersebut diklasifikasikan sebagai Tiada Tindakan Lanjut (NFA) atau sebaliknya bergantung pada hasil dan petunjuk yang ditemui dalam siasatan.

“Apabila berlaku sesuatu insiden dan kemudian ada laporan polis dibuat, tugas hakiki polis adalah menjalankan penyiasatan dan penyiasatan ini akan dilakukan secara berterusan dan kemajuannya bergantung pada petunjuk-petunjuk baharu yang kita jumpa.

“Jadi sama ada pengkelasan kes itu akan dimasukkan sebagai NFA atau sebaliknya pada peringkat ini, saya serahkan sepenuhnya kepada profesionalisme pasukan polis,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Bantuan Wang Ihsan Daerah Kulim kepada mangsa banjir di sini, hari ini.

Saifuddin Nasution berkata dia tidak bercadang untuk memberikan sebarang pengarahan yang boleh dianggap bersifat konklusif terhadap status siasatan polis berkaitan kes itu.

Katanya ini kerana perkara itu boleh dianggap sebagai mengganggu proses penyiasatan jika polis menemui punca atau petunjuk baharu dalam siasatan mereka.

“Saya telah menghubungi beliau (Rafizi) untuk bertanya khabar, bukan sahaja ketika insiden itu berlaku, bahkan selepasnya juga dan saya serahkan kepada sikap profesional pasukan polis,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan Rafizi berhasrat untuk mengirim surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berhubung kes melibatkan serangan ke atas anaknya.

Rafizi turut bercadang untuk mengusulkan status NFA kerana tiada sebarang perkembangan dimaklumkan selepas enam bulan serangan tersebut berlaku.

Dalam kejadian 13 Ogos tahun lepas, anak lelaki tunggal Rafizi yang berusia 12 tahun diserang seorang individu tidak dikenali di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya.

Sumber:BERNAMA