Terkini

Bisnes
Spritzer Raih Pengiktirafan Berganda Melalui Putra Brand Awards 2025 & Superior Taste Award 2025
Pendidikan
Adibah Omar Bawa Agenda Kerjasama Pembacaan ASEAN ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
Fesyen
Skechers x Demon Slayer Kembali Dengan Koleksi Lebih Ikonik
Fesyen
ICE-WATCH Malaysia Lancar Koleksi Jam Tangan Terbaharu 2026
Selera
Buffet Berbuka Puasa Tropicana Kembali Dengan Lebih 200 Hidangan Istimewa & Semangat Berkongsi
Gaya hidup
Seram, Ular Sawa Kekenyangan Telan Kucing Berjaya Ditangkap
Berita
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman Dibuka Mulai Hari Ini
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa 5 Negeri Hingga Malam Ini
Kesihatan
Kajian Dedah Fikiran Negatif Tingkatkan Risiko Demensia
Luar Negara
Dilapor Hilang, Anak "Rapper" Terkenal Ditemui Maut Dalam Kolam Berdekatan Rumah
Berita
Sidang Media GARAH: Ketua Polis Kuala Lumpur Pandang Serius Isu-isu Sensitif Berkaitan 3R
Berita
Wanita Diserang Strok Setelah Lakukan Regangan Leher
Berita
SARA RM100 “One-Off” Disalurkan Mulai Esok
Berita
Rembayung Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, Pihak Kontraktor Jelaskan Punca
Luar Negara
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold Meninggal Dunia Pada Usia 47 Tahun
Berita
Peniaga Bazar Diingat Ambil Suntikan Tifoid, Jaga Kebersihan
Berita
Along Eyzendy Meninggal Dunia
Berita
NASA Benarkan Angkasawan Bawa Telefon Pintar Ke Angkasa
Sukan
Pelancaran MotoGP 2026 Di KL Meriah, Pelumba Pamer Jentera Baharu
Selera
5 Resipi Ayam Mudah & Sedap, Sesuai Untuk Berbuka Puasa
Berita
Restoran Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, KA Mohon Maaf
Sukan
Ultras Selangor Dilarang Masuk Stadium Bagi Tiga Perlawanan
Berita
Modi Hargai Sambutan Mesra Oleh PM Anwar
Berita
Tindakan Maksimum Terhadap Pihak Gugat Keselamatan Negara - PM Anwar
Berita
Ribut Petir, Hujan Lebat Di 8 Negeri & 2 Wilayah Malam Ini
Berita
PM India Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari
Gaya hidup
Minta Edit Gambar Macam Dato'-Dato', Hasilnya Buat Ramai Tak Kering Gusi
Berita
Tiga Kluster Tibi Di Kelantan Babit Sembilan Kes
Berita
Syarat Minimum UKKM Kekal 60 Peratus, Pastikan Pelajar Mampu Ikuti Tahap Pembelajaran
Berita
Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini
dna babi dalam produk pasta
Kredit: Bernama
JAKIM Rujuk Pengumuman Penemuan DNA Babi Dalam Produk Pasta

Azizah Najib

Putrajaya -- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memaklumkan pihaknya merujuk kepada pengumuman rasmi pihak berkuasa agama Brunei berhubung isu penemuan DNA babi dalam produk pasta yang dikeluarkan oleh sebuah kilang di Australia.

Menurut kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook JAKIM, rujukan tersebut melibatkan pengumuman bertarikh 10 Syaaban 1447 bersamaan 29 Januari 2026 yang dikeluarkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee menegaskan bahawa produk pasta berkenaan tidak pernah dipersijilkan halal oleh JAKIM.

Berdasarkan semakan yang dibuat, produk itu juga tidak dipasarkan di Malaysia serta tidak memaparkan logo halal daripada Badan Pensijilan Halal Luar Negara (FHCB) yang diiktiraf oleh JAKIM di label bungkusan.

"JAKIM akan terus melaksanakan pemantauan secara berterusan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan akan berkerjasama rapat dengan Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk tersebut," maklum beliau menerusi kenyataan tersebut.

Berikutan itu, beliau menasihati orang ramai agar sentiasa memilih produk yang dipersijilkan halal oleh JAKIM atau badan pensijilan Halal luar negara yang diiktiraf.

"Amalkan sikap berhati-hati dalam memilih produk seumpamanya dengan menyemak label dan kandungan produk terlebih dahulu sebelum membuat pembelian," ujar beliau.

Orang ramai juga diminta mengemukakan laporan kepada pihak berkuasa yang berwibawa dengan kadar segera jika terdapat sebarang penyalahgunaan logo halal pada produk yang tidak halal bagi tujuan pelaksanaan tindakan lanjut.

Penemuan DNA babi dalam produk pasta oleh pihak berkuasa Brunei

Terdahulu, pihak Kementerian Hal Ehwal Ugama Brunei menerusi Jabatan Hal Ehwal Syariah telah menerima aduan berkenaan keraguan status halal produk pasta di sebuah pasar raya negara tersebut.

Susulan itu, satu analisis makmal telah dijalankan oleh Jabatan Perkhidmatan Saintifik, Kementerian Kesihatan Brunei. Penemuan daripada ujian bertarikh 19 Januari 2026 mengesahkan produk tersebut mengandungi DNA babi (Porcine).

Berikutan itu, pihak Jabatan Hal Ehwal Syariah Brunei telah mengarahkan agar produk tersebut diasingkan dan ditempatkan di ruangan yang tidak terdedah kepada pengguna beragama Islam.