Siakap Keli

Harimau Terkulai Layu, Malaysia Dibelasah Indonesia Dan Tersingkir Dari AFF Suzuki Cup 2020

Malaysia diaibkan pasukan Indonesia dengan kekalahan 4-1 dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan AFF Suzuki Cup 2020.

Ini adalah kekalahan pertama ke atas Indonesia sejak 11 tahun yang lalu sekaligus Malaysia tersingkir dari kejohanan terbesar Asia Tenggara ini.

Malaysia bermula baik dalam perlawanan malam ini dengan mempertaruhkan Syafiq Ahmad, Safawi Rasid, Ariff Aiman dan Kogileswaran sebagai penggempur berjaya meledak gol awal menerusi rembatan jarak jauh oleh Kogileswaran.

Sejurus selepas gol itu, Indonesia bagaikan tersentak dan memperkemaskan permainan. Hasilnya mereka berjaya meledak dua gol Ivan Jaya pada minit 36 dan 43.

Masuk babak kedua, Malaysia perlu mencari gol penyamaan tetapi sebaliknya berlaku apabila Indonesia makin buas memburu gol dan berjaya menjaringkan gol pada minit ke-50 hasil sepakan kencang Arhan.

Pemain gantian, Baggott melengkapkan malam sempurna Indonesia membenam Malaysia dengan gol kelima menerusi tandungan hasil hantaran sepakan sudut. Malaysia yang menjadi naib juara pada edisi yang lepas hanya menamatkan saingan di tempat ketiga dalam kumpulan B.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)