Siakap Keli
Gambar: MB Performance

(Video) “Cabut Terminal Bateri Dulu..,” 7 Langkah Penting Kalau Motor Tenggelam Banjir

Bencana banjir yang melanda beberapa buah negeri di Malaysia baru-baru ini telah mengakibatkan banyak kerosakan harta benda.

Dalam situasi begini, mangsa di kawasan terjejas sudah pasti tidak berkesempatan untuk menyelamatkan barang-barang kepunyaan mereka termasuk kenderaan. Maka banyak kita lihat kenderaan yang tersadai dipenuhi lumpur.

Pada fikiran kita, mungkin kenderaan-kenderaan ni dah sampai ‘akhir hayatnya’. Tapi jangan putus asa dulu. Kalau korang ada motosikal yang terendam banjir, tips yang dikongsikan abang ni mungkin boleh ‘selamatkan’ motor korang.

Melalui sebuah video yang diunggah di laman TikTok, lelaki ni kongsi tujuh langkah awal korang boleh buat untuk motorsikal yang tenggelam banjir. Video yang dimuatnaik MB Performance ini sempat mendapat sorotan warga net sehingga ditonton sebanyak 817.4 ribu kali di TikTok.

Berikut adalah tujuh langkah awal korang boleh buat kalau motosikal tenggelam air banjir:

  1. Jangan start enjin
  2. Cabut terminal bateri motorsikal
  3. Cabut ECU (Electronic Control Unit) atau CDI (Capasitor Discharge Ignition) motorsikal
  4. Buka nat drain plug untuk buang minyak hitam
  5. Buka ekzos dan buang air dari dalam ekzos
  6. Cabut plag motorsikal
  7. Masukkan bateri semula dan start motor untuk buang air dalam ruang pembakaran

Tapi kalau korang rasa ragu-ragu nak buat semua langkah yang dikongsikan di atas, boleh hantar kepada yang lebih pakar. Semoga bermanfaat!

@mbperformance_hq

7 langkah awal untuk motor yang tenggelam air banjir. #mbperformance #infomotosikal #tiktokmalaysia #banjir

♬ She Share Story (for Vlog) – 山口夕依

Sumber: TikTok MB Performance

 

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.