Siakap Keli
Gambar: JPS WP Kuala Lumpur

“Salah Satu Punca Banjir Kilat”, Penuh Sampah Sarap, JPS Kongsi Foto Keadaan Longkang Di KL

Seperti yang diketahui, banjir pada Sabtu lalu sememangnya berlaku disebabkan oleh hujan lebat yang berterusan tetapi sebenarnya ada pelbagai lagi faktor lain yang menyebabkan kawasan tersebut dilanda bencana itu.

Menurut Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, sampah sarap yang memenuhi longkang juga menjadi salah satu punca yang menyebabkan banjir kilat berlaku.

Gambar-gambar yang dikongsikan oleh JPS juga menunjukkan banyak timbunan sampah yang terapung di longkang besar serta tasik di beberapa kawasan.

“Salah satu daripada punca berlaku banjir kilat ialah masalah pencemaran longkang seperti sampah di dalam longkang. Banjir yang berlaku pada 18 Disember 2021 menyaksikan timbunan sampah memasuki aset-aset kerajaan di bawah seliaan JPSKL

“Sikap suka membuang sampah merata-rata yang seterusnya memasuki longkang dan sungai menjadi faktor banjir kilat meningkat,” kata JPS menerusi perkongsian di Facebook.

Pihaknya juga menasihatkan orang ramai untuk sama-sama menjaga kebersihan bagi mengelakkan bencana itu terus berlaku.

Sumber: JPS WP Kuala Lumpur

Sofea

There's always another side to every story