Siakap Keli
Gambar Hiasan via Google

“Kalau Tak Biasa, Baik Sedia Mental..,” Bukan Mudah Nak Jadi Sukarelawan Banjir, Ini Apa Yang Anda Perlu Ada

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Baru-baru ini, beberapa negeri di Semenanjung Malaysia dilanda bencana banjir hingga menyebabkan banyak kerosakan harta benda termasuk tempat tinggal.

Pun begitu, beberapa kawasan terlibat banjir dilaporkan sudah beransur pulih. Penduduk yang terjejas kini giat menjalankan proses pembersihan rumah masing-masing yang dipenuhi lumpur setelah banjir surut.

Tak dinafikan, proses membersihkan rumah pasca banjir ini boleh jadi sangat memenatkan. Maka para sukarelawan pun turut sama turun padang membantu membersihkan rumah mangsa terjejas.

Bagi individu yang menawarkan khidmat sukarelawan untuk mangsa banjir, ada beberapa tips yang mungkin berguna untuk korang sebelum, semasa dan selepas kerja-kerja sukarelawan di lokasi terjejas. Ikuti 10 tips yang dikongsikan pengguna Twitter @amaninanisa di bawah ini.

Tips untuk volunteer pasca banjir

1. Rumah yang kena lumpur selut memang bau sangat tak menyenangkan. If you tak biasa, it will be hard so get ready mentally. Boleh beli roll on aromatherapy yang minty and sapu pada tisu untuk letak dalam face mask so you will be a bit selesa.

2. Pakai boots atau sekurangnya kasut bertutup yang tapak tebal. There can be pacat, scorpion and even snakes in the water.

Gambar: Good Housekeeping

3. Pakai glove sepanjang masa.

4. Pakai baju hitam especially untuk yang perempuan sebab anda akan kotor and baju akan basah masa pembersihan. Baju colour terang boleh jadi see through bila basah.

5. Pakai seluar yang stretchy and mudah bergerak. Jeans tak digalakkan sebab kalau masuk area air masih paras betis akan jadi susah bergerak.

6. Periksa tanda-tanda haiwan berbisa sebelum alihkan perabot. Ketuk or tolak sikit using sticks or brooms first.

7. Always assume all perabot bercermin as objek berbahaya sebab kalau kayu perabot pernah tenggelam dalam air, kayu tu rapuh cermin takkan intact and boleh jatuh bila-bila masa. (Happened yesterday)

Gambar: TheSmartLocal

8. Kalau ada luka kena benda tajam dan sebagainya, dapatkan suntikan tetanus untuk elak kancing gigi. Monitor wounds for signs of infection.

9. Sentiasa sediakan pakaian ganti dalam kereta, some energy bar dan air sebab you takkan sempat and lalu nak makan.

10. If you volunteer yourself untuk jaga pets or volunteer dekat shelter and tak ada pasir litter, alas the cage with surat khabar. Save yourself plenty of time untuk basuh cage. When the pets do their business you can just change the alas surat khabar.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Twitter @amaninanisa

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.