Siakap Keli
Gambar: Astro Awani

Pelakon Terkenal Hollywood, Michelle Yeoh Turun Padang Banting Tulang Sertai Kerja Pembersihan Di Taman Sri Muda

Bencana banjir yang melanda negara pada baru-baru ini telah menjentik hati pelakon Malaysia yang menempah nama dalam dunia perfileman Hollywood iaitu Tan Sri Michelle Yeoh untuk turun padang meluangkan cuti perayaan Krismas membanting tulang melakukan kerja-kerja pembersihan pasca banjir di Taman Sri Muda, Shah Alam.

Menurut portal Astro Awani, pelakon utama filem Shang-chi and The Legends of the Ten Rings dan Crazy Rich Asian itu juga turut ditemani bersama dengan tokoh konglomerat, Tan Sri Vincent Tan.

Kedua-dua mereka dilaporkan menyertai kerja-kerja pembersihan pasca banjir tersebut bersama-sama dengan pasukan 502 Askar Wataniah di bawah Divisyen Ke-4 Infantri Malaysia (4 Div), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Yayasan Taiwan Buddist Tzu-Chi Malaysia.

“Ini semangat Krismas yang sebenar. Terima kasih kepada semua.

“Saya amat terharu melihat orang ramai yang bersama di sini tidak kira agama, bangsa atau warganegara yang turun membantu mangsa banjir,” kata Michelle, 59, memetik laporan Astro Awani.

Sumber: Astro Awani

Aqmal Ezany

I write what is right