Siakap Keli

(Video) Jangan Buang Peti Sejuk Yang Ditenggelami Air, Lelaki Ini Ajar Cara Berkesan Sebelum ‘On’ Suis

Negara baru-baru ini telah digemparkan dengan isu bencana banjir besar yang melanda sehingga mengorbankan nyawa, merosakkan beberapa barang penting dan memusnahkan rumah kediaman.

Kini, banjir sudahpun surut secara perlahan-lahan dan negara sedang berada dalam fasa pasca banjir. Namun begitu, masih ada beberapa tempat yang airnya tidak surut lagi sehingga kini.

Masyarakat Malaysia sememangnya layak dipuji apabila kebanyakan mereka yang tidak terlibat banjir turut serta membantu mangsa banjir. Terutamanya pada fasa pasca banjir ini, ramai masyarakat tak kira bangsa, agama mahupun umur telah melibatkan diri dengan membantu mengemas rumah dan sebagainya.

Terdapat banyak kerugian yang perlu ditanggung oleh setiap mangsa yang terlibat apabila banyak barang peribadi mereka terpaksa dibuang disebabkan rosak. Namun begitu, terdapat beberapa barang yang berjaya diselamatkan apabila mereka sempat meletakkan di tempat tinggi sebelum dilanda banjir besar tersebut.

Terbaharu, seorang pengguna Tiktok bernama @sayazuhri atau Zuhri Mohd telah berkongsi satu video menunjukkan dirinya kesal serta sedih apabila ramai orang yang terus membuang barang-barang mereka tanpa cuba membaikinya terlebih dahulu.

Menurut Zuhri yang turun padang membantu membersihkan rumah mangsa banjir di Hulu Langat, dia menasihatkan agar semua orang yang terlibat dengan banjir untuk cuba membaiki barangan mereka yang terkesan banjir terlebih dahulu. Tambahnya, sekiranya barang tersebut boleh dibaiki, maka duit tersebut boleh digunakan untuk perkara dan benda lain.

Dalam video tersebut, Zuhri dan rakannya menunjukkan bagaimana cara untuk membaiki barang-barang elektronik yang rosak. Terdapat beberapa langkah yang perlu diikuti di dalam video tersebut untuk membaiki barang-barang elektronik yang masih boleh dipakai seperti mesin basuh, peti ais dan sebagainya.

Jom sama-sama kita belajar untuk mengelakkan pembaziran dengan membeli barangan elektronik yang baharu sedangkan yang lama masih boleh dipakai.

@sayazuhri

Aku rasa sedih, takdapat bantu semua rumah, aku tolong takat aku ngan team mampu je, jadi aku share vid ni untuk mgsa lain yg terlibat. #fyp #foryou #fypp

♬ original sound – zuhrimohd – zuhrimohd

Oleh itu, janganlah ‘main’ buang sahaja barangan elektronik yang anda rasakan sudah rosak. Periksa dahulu barangan tersebut dengan cuba membaikinya. Sekiranya masih boleh digunakan, maka anda boleh gunakan duit anda untuk perkara lain. Sekiranya tidak boleh dibetulkan, barulah boleh dibuang atau repair di kedai.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Tiktok Zuhri Mohd

Akhmar Ikmal