Siakap Keli
Gambar via TikTok

(Video) Tersalah Hantar Emel? Ini Cara Nak ‘Undo’ Dalam Masa 30 Saat

Korang pernah tak berdepan situasi tersalah hantar emel? Memang gelabah habis bila dah terlanjur klik butang hantar ni.

Boleh dikatakan sebilangan besar daripada kita pernah hadapi situasi ni. Ada yang tersalah hantar pada orang lain, tak sempat habis tulis tapi dah terhantar, tersalah kepil dokumen tapi terklik hantar atau kesemuanya sekali.

Walaupun situasi tersalah hantar emel ni boleh jadi berbeza-beza, tapi rasa cuak tu mestiada punya. Tapi korang tahu tak, sebenarnya korang boleh je ‘tarik’ balik atau undo emel yang tersalah hantar tu.

Melalui sebuah video yang diunggah di laman TikTok LapkomPenang, akak ni tunjuk cara macam mana pengguna Gmail boleh undo emel kalau tersalah hantar. Video ini sempat mendapat perhatian warga net dan ditonton sebanyak 150.1 ribu kali di TikTok setakat ini.

Tapi korang ada maksimum 30 saat je tau untuk undo emel korang kalau dah terhantar. Nak tahu lebih lanjut, tonton video penuh di bawah.

@lapkompenang

Jangan sampai tersalah hantar email atau dokumen tau #shouldbeme #fyp #onlineclass #penang #esekeli #buwatjertiktok

♬ original sound – atikah.manshah – atikah.manshah

Senang je kan? Lepas ni takda la gelabah kalau tersalah hantar emel. Semoga bermanfaat!

Sumber: TikTok LapkomPenang

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.