Siakap Keli
Kredit : Twitter bagofair

(Video) Pertama Kali Jumpa, Viral Pemuda Tolong Terjemah Azan Dalam Bahasa Isyarat Untuk Jemaah ‘Istimewa’

Mendengar laungan azan adalah sesuatu nikmat yang besar bagi kita yang mempunyai pendengaran yang normal ini. Namun, ada juga dalam kalangan kita yang dilahirkan sebagai Orang Kelainan Upaya misalnya pekak ataupun bisu.

Baru-baru ini di Indonesia, tular satu rakaman yang memaparkan seorang pemuda membantu menterjemahkan laungan azan ke dalam bahasa isyarat khas untuk insan-insan istimewa ini.

Video ditularkan oleh pemilik akaun Twitter bagifair.

“Pertama kali melihat seseorang secara langsung terjemah azan ke dalam bahasa Isyarat”, tulis di posting Twitter miliknya.

Menerusi video itu, kelihatan seorang lelaki berbaju berwarna hitam sedang berdiri di atas mimbar sambil menterjemahkan azan ke dalam bahasa Isyarat.

Akan tetapi, lokasi masjid tersebut tidak diketahui dan ada yang mengesyakinya di masjid Yogyakarta.

Rata-rata warganet amat menghargai jika masjid melakukan terjemahan azan dalam bahasa isyarat bagi jemaah yang tidak mampu merasai nikmat pendengaran atau pekak.

Menurut salah satu komen, ChubbyGummyCNDY ada memberitahu salah seorang teman bisu mereka sukar untuk solat kerana tidak faham dan sekurang-kurangnya dengan adanya penterjemah memudahkan mereka untuk beribadat.

Perkongsian ciapan itu telah mendapat perhatian warganet sehingga mendapat jumlah likes sebanyak 14.7k.

Sumber : Berita Hits

Fathin Nadzira

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.